Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Pendidikan Islam

Profil Jabatan
JabatanBahagian Pendidikan Islam
Ketua JabatanPengarah
Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din
AlamatBAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH DAN ARAS 2
NO. 2251 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
Nombor Telefon+603-8321 7200/7300
Nombor Faks+603-8321 7201/7337/7312 (Pej. Pengarah)
Laman Webhttp://www.bpi.edu.my
Alamat E-melbpi.kpm@moe.gov.my

PENGENALAN
Bahagian Pendidikan Islam mula  ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan  Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.

Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Tetapi selepas penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JAPIM) ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.


MOTO
"Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia menerusi pendidikan Islam"


FUNGSI
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber manusia BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini/Azhari;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan dokumentasi serta galeri Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan IPA KPM serta tadbir urus ICT BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan pentadbiran dan perolehan BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti pengurusan dan aktiviti BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya; 
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM; 
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal murid di IPA KPM;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal di IPA KPM; 
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan program Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada SAR dan SAR KAFA;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan, kawalan dan penghayatan akidah serta pemikiran Islam;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah dan kepimpinan Islam;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan akhlak dan nilai Islam;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengembangan budaya dan syiar Islam;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan tajdid pengurusan dan aktiviti PI;
Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan dalam perkhidmatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;
Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan penerbitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;dan
Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan pengantarabangsaan Pendidikan Islam.


VISI
BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat


MISI
Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia


OBJEKTIF
Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:

Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan
Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah 
Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif
Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian
Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada warga KPM
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan HEM dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan IPA KPM
Pengurusan bantuan SAR KAFA
Hubungan dan kerjasama antara BPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan


PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha berikut:

Memaklumkan dasar-dasar baru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atau perubahan kepada dasar-dasar sedia ada kepada semua institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari setelah dasar diluluskan;
Menempatkan Guru Sandaran Terlatih di Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam enam puluh (60) hari setelah menerima senarai calon daripada agensi yang berkaitan;
Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sembilan puluh (90) hari selepas Memorandum Persefahaman ditandatangani;
Menyebarluaskan hasil penyelidikan pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas penyelidikan disempurnakan;
Menyalurkan bantuan perolehan ke Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas permohonan diluluskan; 
Menyampaikan bantuan ke Sekolah Agama Rakyat yang melaksanakan Kurikulum Kelas al-Quran dan Fardhu Ain dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas permohonan diterima;
Melaksanakan program dakwah dan pengembangan syiar Islam kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut takwim aktiviti tahunan yang telah diselaraskan; dan
Mengemas kini portal BPI sekali dalam tempoh tujuh (7) hari.


STRUKTUR ORGANISASI
Sektor Operasi Pendidikan Islam
Unit Pengoperasian Dasar
Unit Perhubungan dan Keurusetiaan
Unit Hal Ehwal Guru
Unit jQAF, KKF dan Pra-Sekolah
Unit Pengurusan Kualiti dan Inovasi
Unit Maklumat dan Dokumentasi

Sektor Khidmat Pengurusan
Unit Pentadbiran
Unit Perkhidmatan
Unit Tadbir Urus ICT
Unit Kewangan
Unit Akaun

Sektor Pembangunan Profesionalisme dan Penyelidikan
Unit Kajian dan Penyelidikan
Unit Pengantarabangsaan
Unit Pembangunan Professional
Unit Penerbitan dan Pendokumentasian

Sektor Kemajuan Sekolah Agama
Unit Pengurusan Pentadbiran Sekolah
Unit Pengurusan Akademik
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Kelas Aliran Agama(KAA)

Sektor Penyelarasan Bantuan Sekolah Agama
Unit Penyelarasan Perolehan
Unit Penyelarasan Pembangunan
Unit Penyelarasan Bantuan SAR KAFA

Sektor Dakwah Dan Kepimpinan
Unit Dakwah
Unit Kepimpinan Islam
Unit Kawalan Akidah dan Pemikiran

Sektor Pembangunan Nilai Dan Akhlak
Unit Pengurusan Pegembangan Syiar Islam
Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam










Bawah