Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Profil Jabatan
JabatanJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Ketua JabatanKetua Nazir
Y.Bhg. Dato' Haji Mahmud bin Karim
AlamatAras 3-6, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Putrajaya,
62604 Putrajaya
Nombor Telefon03-8884 4161
Nombor Faks03-8888 6867
Laman Webhttp://www.moe.gov.my/v/jnjk
Alamat E-meljnjk.kpm@moe.gov.my

Sejarah dan Latar Belakang
            Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.
              Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1956, JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996. Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), satu nama yang mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan. Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diterajui oleh 20 orang Ketua Nazir.
 
 
      Antara tugas utama nazir ialah:
    1.    Pemeriksaan Institusi Pendidikan
        -       Memeriksa institusi pendidikan pada tempoh yang difikirkan sesuai:
                      :  Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, 
                         memeriksa institusi pendidikan
                      :  Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan 
                         institusi pendidikan
     2.    Nasihat dan Bimbingan
         -       Ketua Nazir atau nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau 
               mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi
               pendidikan dan kepada guru-guru berhubung dengan pengajaran dan kaedah
               pengajaran.
     3.    Penyediaan Laporan
          -       Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang institusi
                pendidikan yang diperiksanya, dan jika laporan itu dibuat oleh nazir sekolah dia 
                hendaklah mengesyorkan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan.


Visi

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti institusi pemastian standard kualiti pendidikan berwibawa.



Misi

Menaziri dan mempertingkat kualiti pendidikan di institusi pendidikan secara profesional,

berkualiti dan beretika.



Objektif

            1.    Meningkatkan keupayaan JNJK mengesan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran
                 di institusi pendidikan dengan melakukan pelbagai aktiviti penaziran;

            2.    Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya menjadi 
                 efektif dan cekap;

            3.    Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak dalam 
                 bidang pendidikan;

            4.    Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat yang 
                 cekap dan berkesan;

            5.    Menggiatkan program peningkatan kecekapan nazir sekolah secara berterusan
                 dalam bidang penaziran; dan

            6.    Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pelajaran negeri dan
                 pejabat pelajaran bahagian/daerah bagi memastikan nasihat dan syor-syor JNJK 
                 kepada institusi pendidikan diberi perhatian.



Kod Etika Penaziran

Kod Etika Penaziran menjadi panduan kepada semua Nazir untuk mengguna dan
mengamalkannya semasa menjalankan aktiviti penaziran. 

Terdapat lima kod etika penaziran iaitu:

                   i.      Tanggungjawab Terhadap Tugas

                  ii.    Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri

                 iii.   Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawat

                 iv.   Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara, dan

                  v.    Tanggungjawab Terhadap Profesion



Fungsi

      1.    Merancang dasar dan operasi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikan
            taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

      2.    Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik
             oleh Menteri Pelajaran, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan 
             diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

      3.     Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh
              Nazir Sekolah pada lat tempoh yang sesuai.

      4.    Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi 
             pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran atau sebagaimana
             yang ditetapkan.

       5.   Memberikan   nasihat  kepada  pengelola   atau  mana-mana  orang  lain   yang
             bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada 
             guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran atau
             pengurusan yang dijalankan di institusi pendidikan itu.

       6.    Mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan 
              yang diperiksa oleh Nazir Sekolah.

       7.     Membina standard kualiti pendidikan kebangsaan yang boleh dijadikan penandaarasan 
               untuk mencapai kualiti.

       8.     Memastikan dasar pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan melalui pemeriksaan
               institusi pendidikan.

       9.    Memastikan pengurusan penyampaian perkhidmatan pendidikan di institusi pendidikan 
              bebas daripada pelanggaran, kecuaian dan ketidakcekapan.



Piagam Pelanggan

      Kami, warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dengan penuh tekad dan iltizam dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996,
dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

     1.      Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun
bagi sekurang-kurangnya 70% sekolah.
 
2.     Memberi nasihat kepada setiap institusi pendidikan yang diperiksa kecuali pemeriksaan yang berbentuk penilaian semasa perjumpaan penutup pada hari terakhir setiap pemeriksaan bagi membolehkan institusi mengambil tindakan penambahbaikan.
 
3.     Menghantar dapatan pemeriksaan secara bertulis kepada intitusi pendidikan yang diperiksa dalam tempoh 10 hari bekerja bagi Pemeriksaan Biasa, Pemeriksaan Penuh, Pemeriksaan Tindak Ikut dan Pemeriksaan Bertema.
 
4.     Mengemukakan kepada YB Menteri Pendidikan :
 
    a.    Laporan peringkat kebangsaan:
 
      i.           Pemeriksaan Biasa – sebelum 31 Disember setiap tahun
     ii.           Pemeriksaan Bertema – dalam tempoh 40 hari bekerja selepas 
 pemeriksaan; dan
    iii.           Pemeriksaan Penuh – dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.
    iv.     Pemeriksaan Khas - dalam tempoh 60 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.
 
b.    Laporan siasatan aduan:
 
     i.              Laporan awal – dalam tempoh 24 jam selepas siasatan; dan
     ii.            Laporan penuh – dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas siasatan
 
 
10 Nov 2014

 











Bawah