Atas
Pautan Tambahan

|| Home » Pautan Tambahan » Pemberitahuan » Pemberitahuan
Pemberitahuan

 

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) Dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ) bagi Tahun 2013

22 April 2013

Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ) bagi Tahun 2013 akan dibuka kepada sekolah mulai 29 April 2013 ini. Permohonan ini boleh dibuat kepada murid :-

1.   Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 - BKP

2.   Tingkatan 6 Atas                         - BKPU

 

Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan ( ABP ) melalui alamat ini http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ bagi tujuan mengemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon. Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-

1.   Zon 1          :    29 April - 05 Mei   (  Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu )

2.   Zon 2          :    06 Mei - 12 Mei  ( Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) )

3.   Zon 3          :   13 Mei - 19 Mei  ( Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan )

 

Perkara untuk perhatian Sekolah :

1.   Sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM - http://www.sekolahmalaysia.com/) telah dikemaskini.

2.   Guru biasiswa telah berdaftar terlebih dahulu di dalam APDM. Log masuk kali pertama  ke APB adalah melalui APDM ( link Ke Sistem Biasiswa ) .

3.   Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing ( kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan )


 

Diterbitkan oleh Bahagian Kewangan









Bawah