Atas
Pautan Tambahan

|| Home » Pautan Tambahan » Pemberitahuan » Pemberitahuan
Pemberitahuan

 

Kewajipan Untuk Mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Oleh Semua Peserta Pjj Kpm-Oum Ambilan November 2008

11 February 2009

Semua peserta Program Pensiswazahan Guru anjuran KPM layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman pelajaran. Sehubungan dengan itu, semua peserta perlu memohon pinjaman pelajaran tersebut dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran yang boleh dimuat turun. Adalah diingatkan bahawa tuan perlu memohon dan mendapat kelulusan / kebenaran mengikuti PJJ daripada Bahagian PendidikanGuru (BPG) terlebih dahulu sebelum mengikuti Program Pensisiwazahan PJJKPM-OUM. Kegagalan tuan untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran BPG bagi mengikuti program ini boleh mengakibatkan Bahagian Tajaan Pendidikan tidak mempertimbangkan permohonan pinjaman tuan. Borang permohonan yang lengkap diisihendaklah dihantar ke Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum atau pada 28 Februari 2009. Adalah diingatkan bahawa peserta yang lewat menghantar borang permohonan tidaka kan dipertimbangkan bayaran penuh perjanjian pinjaman pelajaran mereka.

 

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada:

 

En. Shahriman Ab. Kadir                                No.Tel:03-8884 7107

Pn. Norahizan Ab. Rahim                               No.Tel: 03-8884 7550

Cik SyahrulHusna Mohd. Shariff                     No.Tel:03-8884 7121

Pn. Noliza Ismail                                            No.Tel:03-8884 7051

 










Bawah