Atas
Murid / Pelajar

|| Home » Murid / Pelajar » Bantuan Pembelajaran » Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)


TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Pengenalan

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

 

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

 

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

 

Jenis dan kadar bantuan KWAPM adalah seperti berikut:-

 

JENIS DATA/

STATUS KEMISKINAN

BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)

BANTUAN BULANAN (BB)

JUMLAH KESELURUHAN

(RM)

eKASIH & eDAMAK

(MISKIN TEGAR)

Sek. Ren. = RM200                  bagi seorang pelajar setahun

 

Sek. Men. = RM300                       bagi seorang pelajar setahun

Sek. Ren. = RM500                (RM50 x 10 bulan)

 

Sek. Men. = RM600            (RM60 x 10 bulan)

Sek. Ren. = RM700

 

 

Sek. Men.= RM900

eKASIH & eDAMAK

(MISKIN)

Sek. Ren. = RM200                        bagi seorang pelajar setahun

 

Sek. Men. = RM300                        bagi seorang pelajar setahun

Sek. Ren. = RM250              (RM25 x 10 bulan)

 

Sek. Men. = RM300              (RM30 x 10 bulan)

 

Sek. Ren. = RM450

 

 

Sek. Men.= RM600

Data Sedia Ada (permohonan sekolah)

Sek. Ren. = RM200                       bagi seorang pelajar setahun

 

Sek. Men. = RM300                        bagi seorang pelajar setahun

 

-

Sek. Ren. = RM200

 

Sek. Men. =RM300

*Nota:

  1. BAP meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan pelajar;
  2. BB meliputi wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian pelajar; dan
  3. Jumlah amaun BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan tabung KWAPM

 

Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM

 

1.         Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).

2.         Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

3.         Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:

 

                           Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Tahun 2012

                                                                    (RM/BULANAN)*

 

WILAYAH

MISKIN

MISKIN TEGAR

ISI RUMAH

PER KAPITA

ISI RUMAH

PER KAPITA

Sem. M’sia

Bandar

Luar Bandar

RM 830

RM 840

RM 790

RM 210

RM 220

RM 190

RM 520

RM 510

RM 530

RM 130

RM 130

RM 120

Sabah & Labuan

Bandar

Luar Bandar

RM 1,090

RM 1,080

RM 1,120

RM 240

RM 240

RM 240

RM 660

RM 630

RM 710

RM 140

RM 140

RM 150

Sarawak

Bandar

Luar Bandar

RM 920

RM 960

RM 870

RM 230

RM 230

RM 220

RM 600

RM 630

RM 570

RM 140

RM 150

RM 140

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                *Nota: Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri

4.         Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.

 

Bagaimana anda boleh menyumbang ke tabung KWAPM?

 

1.         Mengkredit terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut:

 

      NO. AKAUN : 5640 1611 7704*

*NOTA: Setelah kreditkan sumbangan, tuan/puan dipohon fakskan butiran diri dan transaksi (slip bayaran) kepada Unit KWAPM - Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM di 03 - 8884 7611 / 7509 untuk cetakan resit rasmi.

2.         Melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

3.         Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

 

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Kewangan

Aras 6-7, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8000 8000

 

PAUTAN PANTAS:

  1. Carta aliran proses permohonan bantuan KWAPM (permohonan sekolah) sila klik Lampiran 1
  2. Borang permohonan bantuan KWAPM (permohonan sekolah) sila klik Lampiran 2
  3. Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada tabung KWAPM sila klik Lampiran 3
  4. Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2012 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sila klik Lampiran 4









Bawah