Atas
Murid / Pelajar

|| Home » Murid / Pelajar » Penajaan Pengajian Tinggi » Bayaran Balik » KAEDAH/ SALURAN BAYARAN BALIK TABUNG PINJAMAN PELAJARAN (TPP)

KAEDAH/ SALURAN BAYARAN BALIK TABUNG PINJAMAN PELAJARAN (TPP) :

Kaedah bayaran balik bagi semua peminjam Tabung Pinjaman Pelajar (TPP) peringkat Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tahun 1998 - 2005 di KPM dan Julai 2005 - 2011 di Kementerian Pengajian Tinggi (sekarang dikenali sebagai Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia):
 

(A)      Tunai di Kaunter (Bahagian Biasiswa, PTPTN dan Pos Malaysia)

(B)      Mesin ATM Bank Islam

(C)      Mesin Deposit Tunai Bank Islam

(D)      Dokumen Bayaran (Wang Pos/Kiriman Wang/ Draf Bank / Cek)

(E)       Arahan tetap kepada bank

(F)       Arahan Potongan Gaji

(G)      BayaranSecara Online (Bank Islam, Pos Online, CIMB, FPX)

 

  1. Tunai DI KAUNTER

 

KAUNTER BAHAGIAN BIASISWA, SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KPM, PRESINT 5 PUTRAJAYA

 

  1. Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter Bahagian Biasiswa dengan melengkapkan maklumat peminjam di borang bayaran yang disediakan di kaunter.

  2. Kaunter hanya dibuka pada hari bekerja Isnin-Khamis (9.00 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang-4.30 petang) dan Jumaat (9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang.) 

  3. Sila pastikan peminjam membawa wang secukupnya untuk memudahkan urusan pembayaran dan sila semak resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter.

 

 

TUNAI DI KAUNTER PTPTN (Termasuk Cawangan-Cawangan Negeri)

 

  1. Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter PTPTN dengan melengkapkan maklumat peminjam di borang bayaran yang disediakan di kaunter.

  2. Tiada caj perkhidmatan dikenakan di kaunter PTPTN pada setiap kali bayaran dibuat.
     

  3. Para peminjam pelajaran KPT hanya perlu melengkapkan borang bayaran KPT yang disediakan di setiap cawangan PTPTN dan mengemukakan bayaran yang dikehendaki. Transaksi bayaran balik dianggap berjaya setelah resit PTPTN diterima. 

  4. Maklumat mengenai senarai PTPTN Cawangan Negeri serta waktu operasi boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN seperti berikut :- http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan
     

 TUNAI DI Kaunter POS MALAYSIA

 

  1. Peminjam perlu memastikan bahawa maklumat pembayaran adalah betul sebelum meninggalkan kaunter Pos Malaysia.

  2. Berikut adalah maklumat yang perlu diisi dalam borang Pos Akaun 39 (lihat contoh) :

 

a.        Diterima Daripada    : (Nama Peminjam & No K/p)

                       b.        Penerima                   : (Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi)

c.        Alamat                      : (Alamat Peminjam )

d.        Perkara                      : (Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran KPT)

e.        Amaun                       : (Amaun)

 

    3.   Sila pastikan pada ruang 'PERKARA' dicetak BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KPT dan rujuk kepada staf Pos Malaysia berkenaan sekiranya
          cetakan berkomputer berkenaan berbeza dengan borang yang dilengkapkan.

    4.   Di sebabkan dalam ruang dalam slip (Pos Akaun 39) tersebut tidak mencukupi, peminjam perlu menambah/mencatit sendiri maklumat tambahan seperti 
          no. kad pengenalan, penerima bayaran dan nombor telefon. Maklumat tersebut adalah penting untuk melancarkan proses bayaran balik.

    5.   Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 1.70 sen.

    6.   Sila simpan salinan pendua Borang Slip (Pos Akaun 39) yang mana akan dikembalikan oleh pihak pejabat pos sebagai bukti pembayaran.

 

  1. MESIN ATM BIMB

 

  1. Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.
     

  2. Prosedur pembayaran: 

  • Masukkan kad ATM

  • Pilih menu LAIN-LAIN 

  • Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

  • Pilih menu YURAN IPT

  • Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

  • Masukkan No Kad Pengenalan

  • Pilih Bil yang ingin dibayar

  • Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang ingin dibayar

  • Transaksi selesai dan ambil Resit

 

    3.   Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

 

 

  1. MESIN DEPOSIT TUNAI BANK ISLAM

 

    1.  Prosedur pembayaran:

 

  • Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT

  • Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

  • Pilih MOHE

  • Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang

  • Sahkan jumlah kemasukkan wang

  • Transaksi selesai dan ambil Resit

 

  1. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

 

 

  1. DOKUMEN BAYARAN (WANG POS/ KIRIMAN WANG/ DRAF BANK / CEK)

  

  1. Sila pastikan nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam dituliskan di belakang kiriman wang/ wangpos/ bank draf atau cek setiap kali membuat bayaran. Ketiadaan maklumat tersebut menyukarkan Bahagian Biasiswa untuk mengenal pasti identiti pembayar. 

  2. Sila pastikan hanya nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam ditulis dan bukannya nama pembayar (sekiranya pembayar adalah selain peminjam.) Tempoh sah  kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek adalah 3 bulan dari tarikh bayaran tersebut dibuat. 

     3.  KPM akan memulangkan semula kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek tersebut kepada peminjam sekiranya telah melebihi tarikh luput untuk 
         
ditunaikan. Peminjam perlu mengepos kiriman wang/ wang pos/ bank dra fatau cek yang baru kepada KPM.

     4.  Bayaran hendaklah dibuat atas nama "KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA" dan dialamatkan ke:


Setiausaha Bahagian

Bahagian Biasiswa

Sektor Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 W.P. Putrajaya

(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

 

     5. Cek persendirian tidak diterima oleh KPM. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan bahawa cek yang dikeluarkan adalah mengikut standard semasa di bawah

         Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS) Bank Negara Malaysia. 

  1. Bagi bayaran melalui cek, resit rasmi hanya dianggap sah selepas cek ditunaikan oleh pihak bank.

 

 

  1. ARAHAN TETAP KEPADA BANK

 

  1. Peminjam perlu berurusan dengan pihak bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah dibuat melalui cek atau bank draf sahaja dan dikeluarkan atas nama "KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA" dan dialamatkan ke:

 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Sektor Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 W.P. Putrajaya

(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

 

  1. Kadar ansuran dan bayaran adalah ditetapkan oleh KPM. Sila rujuk surat tuntutan kerana maklumat bayaran telah dimaklumkan dalam surat tersebut. Peminjam adalah diingatkan supaya memohon daripada pihak bank untuk menyertakan nama dan nombor kad pengenalan setiap kali bayaran dibuat kepada KPM.
     

  2. Untuk memudahkan proses bayaran, peminjam dinasihatkan memberikan salinan surat tuntutan kepada pihak bank kerana maklumat bayaran telah dinyatakan dalam surat tersebut.

  3. Peminjam boleh menyemak bayaran di menu semakan penyata dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang kelewatan atau kemusykilan jika lejar tidak dikemaskini.
     

  4. Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk memaklumkan kepada pihak bank bagi tujuan memberhentikan arahan tetap tersebut sekiranya keseluruhan pinjaman telah diselesaikan.
     

  5. Sekiranya terdapat lebihan bayaran, pemulangan hanya akan diproses sekiranya Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dilengkapkan dan dikembalikan oleh peminjam.

 

 

  1. ARAHAN POTONGAN GAJI (muat turun borang)

 

  1. Peminjam boleh melengkapkan Borang Arahan Potongan Gaji TPP dan menghantar satu salinan kepada KPM untuk tujuan surat arahan rasmi dikeluarkan kepada majikan.
     

  2. Surat arahan potongan gaji akan dikeluarkan kepada majikan peminjam berdasarkan borang yang telah dilengkapkan dan diterima oleh KPM. Bagi peminjam yang berkhidmat di sektor awam, KPM telah melaksanakan arahan potongan gaji kepada majikan berdasarkan Perjanjian Pinjaman Pelajaran yang telah ditandatangani.
     

  3. KPM menerima bayaran dalam bentuk cek atau bank draf sahaja. Peminjam digalakkan supaya menyemak rekod kemaskini di menu semakan penyata dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang kelewatan atau kemusykilan jika lejar tidak dikemaskini.
     
    4. Sekiranya terdapat lebihan potongan gaji, pemulangan hanya akan diproses sekiranya Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dilengkapkan dan dikembalikan oleh peminjam. 

 

  1. BAYARAN SECARA ONLINE

 
BANK ISLAM (BIMB) Internet Banking

 

  1. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di www.bankislam.com.my .
                   

  2. Seterusnya ikuti langkah di bawah: 

  • Layari www.bankislam.com.my

  • Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

  • Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk  memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

  • Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

  • Pilih Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) pada bahagian senarai ‘Payee’

  • Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

  • Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil (MOHE) yang hendak di bayar dan klik “pay”

  • Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

  • Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..

  • Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.

  • Skrin berikutnya akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

 

 


POS ONLINE

 

   1.    Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam perlu mendaftar di www.posonline.com.my 

  1. Selepas berjaya log in, hanya ikuti langkah di bawah: 

  • Klik "Open Payment".

  • Pilih  "Corporation Name" -Kementerian Pengajian Tinggi KPT dari senarai

  • Klik Next

  • Pilih Payment Type-KPT-Bayaran Balik Pinjaman dari senarai.

  • Masukkan maklumat yang diperlukan..

  • Klik Add to Bill folder

  • Klik Proceed to Checkout

  • Pilih payment channels

  • Ikuti arahan selanjutnya dari saluran yang telah dipilih hingga selesai.

  • Anda boleh pilih sama ada ingin mencetak transaksi tersebut sebagai rekod.

 

 

CIMB CLICKS

 

Manual Pengguna:

 

  1. Log masuk di www.cimbclicks.com.my

  2. Klik pilihan Bill Payment

  3. Pilih via Deposit Account

  4. Pilih akaun bayaran daripada senarai Payment From

  5. Pilih Government Agencies dalam senarai Full Payee List

  6. Pilih Kementerian Pengajian Tinggi dalam senarai berikutnya

  7. Masukkan maklumat peminjam ie. Nama Pelajar, No KP Baru/Lama, No. telefon Bimbit dan Amaun Bayaran

  8. Tekan butang Submit

  9. Klik OK pada tetingkap yang keluar untuk meneruskan langkah yang berikutnya

  10. Klik butang Proceed to Payment setelah menyemak dan mengesahkan maklumat bayaran

  11. Dapatkan nombor TAC (ie SMS TAC, Mobile TAC, Device TAC)

  12. Isikan nombor TAC pada ruangan Transaction Authorization Code dan klik butang Confirm

  13. Status bayaran yang berjaya akan dipaparkan.

  14. Cetak paparan tersebut sebagai bukti bayaran dan rujukan. 

 

FPX PERBANKAN INTERNET DENGAN CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK)

 

Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (FPX) bagi semua program di bawah tajaan Sektor Pengajian Tinggi, KPM. Financial Process Exchange (FPX) adalah kaedah pembayaran secara online yang diperkenalkan oleh Bahagian Biasiswa, KPM bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran/tuntutan gantirugi oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat. Sistem ini boleh diakses di https://payloan.mohe.gov.my/sila_fpx/index.php.

 

 

Peringatan:-

 

Pembayaran yang dibuat secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf / cek sahaja yang akan dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran. Manakala bagi bayaran yang dibuat melalui perbankan Internet / kaunter Bank Islam / Pejabat Pos memadai dengan slip urus niaga sebagai bukti pembayaran.

 

 

 

 

PERTANYAAN

 

Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa melalui :-

 

 

Hotline           : 03-8888 6787
Faks               : 03-8870 6839
Emel               : bb.enforcement@moe.gov.my

 

 

Sebarang surat-menyurat berhubung bayaran balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) hendaklah dialamatkan kepada :

 

Setiausaha Bahagian

Bahagian Biasiswa

Sektor Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Putrajaya.

(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

 

 


 










Bawah