KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  Semakan Dan Pembayaran Balik Pinjaman Secara Online (e-Payment)  
  Versi Bahasa
Jumaat, 8 Ogos 2008
Talian Hotline: 03-8884 9487
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN
Pembayaran Melalui Bank Draf dan Kiriman Wang
Dibuat atas nama 'Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia' sila tuliskan Nama, No Kad Pengenalan ( Baru & Lama ), No Telefon Bimbit / Rumah di belakang Bank Draf / Kiriman Wang dan dialamatkan ke :
                 Setiausaha Bahagian,
                 Bahagian Biasiswa,
                 Kementerian Pelajaran Malaysia,
                 Aras 12 - 13, Blok E12,
                 Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                 62604 Putrajaya.
Pembayaran Melalui Arahan Tetap Kepada Bank (Standing Instruction)
Peminjam dikehendaki berurusan terus dengan pihak bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah dibuat atas nama 'Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia' dalam bentuk Bank Draf ( Banker's Cheque ). Pihak bank akan menghantar bank draf tersebut kepada Bahagian Biasiswa, KPM. Kadar ansuran/bayaran hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan oleh KPM.
Pembayaran Melalui Arahan Potongan Gaji (APG)
Peminjam yang ingin mebuat pembayaran melalui APG diminta menulis surat kepada KPM dengan menyertakan maklumat berikut :
     -      No Gaji/Pekerja; dan
     -      Nama dan Alamat Majikan yang menguruskan gaji
     -      Sesalinan penyata gaji terkini.
Pembayaran Melalui Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) **Bermula 7 Sept 2007
1.    Peminjam hendaklah menggunakan Borang Slip Pembayaran Bil yang disediakan di kaunter        semua cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
2.    Langkah-langkah pembayaran :
       a)      Sila isikan maklumat dalam slip pembayaran iaitu :
                 i.      Nama
                 ii.     No. Kad Pengenalan
                 iii.    Bayaran kepada - Kementerian Pelajaran
                 iv.     Jenis Bayaran - Bayaran Pinjaman Pelajaran
                 v.      Tentukan cara bayaran sama ada secara tunai / debit akaun / bank draf.
                 vi.     Jumlah bayaran (RM)
       b)      Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50.
       c)      Sila pastikan peminjam penyimpan salinan pendua Slip Pembayaran Bil yang akan
                dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran.
  Pembayaran Bil Melalui Perbankan Internet Bank Islam
1.    Peminjam mempunyai akaun BIMB. Sila layari www.bankislam.com.my
       a)      Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".
       b)      Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan
                Internet Bank Islam.
       c)      Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
       d)      Pilih Penyedia Perkhidmatan pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
       e)      Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik "next".
       f)       Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak dibayar dan klik "pay".
       g)      Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account"
                yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar
                dan klik "pay".
       h)      Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
       i)       Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
       j)       Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan.
                Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran
                yang dilakukan sebagai rujukan.
2.    Bank akan debit akaun peminjam sebanyak amaun yang telah dibayar dan RM0.50 bagi setiap
       transaksi sebagai caj perkhidmatan