Sukacita dimaklumkan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta Pejabat Pelajaran Daerah Sepang mengenalpasti dan memillih guru-guru yang telah bersara wajib untuk dilantik secara kontrak bagi tahun 2012. Calon yang berminat perlulah memenuhi kriteria berikut :
- Pesara wajib bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah dan akan bersara wajib sebelum 1 Januari 2012.
- Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun terakhir ialah 80 peratus dan ke atas.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Mempunyai opsyen Pengajian Bahasa Inggeris dan berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris.
- Bebas daripada tindakan tatatertib.
Borang boleh didapati di PPD Sepang melalui En Afindi Bin Mohd Salleh. Tarikh tutup permohonan pada 2 Sept 2011.
