Atas
Murid / Pelajar

|| Home » Murid / Pelajar » Sekolah Menengah » Asrama penuh

ASRAMA PENUH

 

PENGENALAN 

             

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
               SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.
 SEJARAH SBP          
             Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu.  Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
            Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
            Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956.  Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:


1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R. Ipoh) - 1956
2. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
3. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968


           Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor.  Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor.  Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang.  Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).
           Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara.  Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai:   "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”


Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-


1.     SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)
2.     SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)
3.     SMS Selangor (1973)
4.     SMS Muzaffar Syah (1973)
5.     SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)
6.     SMS Sultan Mahmud (1973)
7.     SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)
8.     SMS Tuanku Syed Putra (1974)
9.     SMS Tuanku Jaafar (1974)
10.   SMS Johor (1975)


          Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal. Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Sehingga April 2013 bilangan SBP di seluruh negara adalah 68 buah.


MOTO SBP


“KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA”

 

SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

 

 BIL

NEGERI

SEKOLAH

1

PERLIS (1)

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis  

2

KEDAH (5)

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah      

3

Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa,  Sungai Petani, Kedah

4

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,    Pokok Sena, Kedah                                                      

5

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah                                                                  

6

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah                          

7

PULAU PINANG (2)

Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang                               

8

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang                                               

9

PERAK (7)

The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak                                                                                                                               

10

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak                          

11

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak                                                                  

12

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak                          

13

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Gopeng, Perak                           

14

Sekolah Menengah Sains, Bagan Datoh, Bagan Datoh Perak                                                                       

15

Sekolah Menengah Sains Tapah,Tapah, Perak                          

16

W.P. K. LUMPUR (3)

Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur                                       

17

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur                                                              

18

Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur                                  

19

W.P. PUTRAJAYA (1)

Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1,
Putrajaya                                                  

20

SELANGOR (9)

Kolej Islam Sultan Alam Shah,  Klang, Selangor

21

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor                                           

22

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor

23

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor                                                                     

24

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,  Ulu Yam,  Selangor 

25

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang,  Rawang Selangor 

26

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sabak Bernam Selangor

27

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak,  Gombak Kuala Lumpur                                                     

28

Sekolah Menengah Sains Banting, Banting
Selangor                                                                    

29

NEGERI SEMBILAN (8)

Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan

30

Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek,  Negeri Sembilan                                                           

31

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan                                                 

32

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu,  Labu, Negeri Sembilan                                                                                                                   

33

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan                                          

34

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan

35

Sekolah Menengah Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan

36

SMS Perempuan Seremban,  Seremban,
 Negeri Sembilan
(Dijangka buka pada Januari 2014)                                                          

37

MELAKA (2)

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh,  Melaka

38

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Selandar, Melaka                                                          

39

JOHOR (7)

Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor                                                                     

40

Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor

41

Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor

42

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor                                                                      

43

Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor                                                                                                                                                      

44

Sekolah Menengah Sains Sembrong,  Kluang, Johor                                                                          

45

Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Batu Pahat, Johor                                                                                                                                                            

46

PAHANG (7)

Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang                                 

47

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah,
Raub, Pahang                           

48

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang                              

49

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh, Temerloh, Pahang                                                               

50

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang                            

51

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang                                  

52

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Karak, Pahang

53

TERENGGANU (6)

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu                                                                

54

Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu                       

55

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu,  Kuala Terengganu, Terengganu                                                         

56

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu                                                           

57

Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu

58

Sekolah Menengah Sains Setiu, Setiu
Terengganu                                                 

59

KELANTAN (5)

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan                                           

60

Sekolah Menengah Sains Machang, Machang, Kelantan                              

61

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan                            

62

Sekolah Menengah Sains Jeli,  Jeli, Kelantan

63

Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Gua Musang, Kelantan (Sedang dalam pembinaan)

64

SABAH (2)

Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah                                                          

65

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah                                                            

66

W.P. LABUAN (1)

Sekolah Menengah Sains Labuan,  W.P. Labuan                                                                

67

SARAWAK (3)

Sekolah Menengah Sains Miri, Miri, Sarawak                                                                               

68

Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak                                                                   

69

Sekolah Menengah Sains Kuching Utara,
Kuching, Sarawak                                                      

 

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my

 

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Murid Sekolah Kebangsaan;
  3. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
  1. murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
  2. murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya     3A 2B dalam UPSR dan
  1. Aktif dalam kokurikulum.

 

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
  3. Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :-
  • Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
  • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
  • Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
  1. Aktif dalam kokurikulum

 

TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI

SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID

 

Semakan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya  boleh dibuat melalui ketetapan berikut :

 

  • Kaunter BPSBPSK

 

  • Talian BPSBPSK : 03-83217400

 

  • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

 

  • Makluman melalui SMS

 

  • Kiosk BPSBPSK

 

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP

JENIS ALIRAN

SAINS

AGAMA

Pakej Mata Pelajaran

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Antarabangsa

(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Antarabangsa

(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)

Jenis SBP yang ditawarkan

  • SBP Terawal (Premier)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS)
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

 

 

 










Bawah