|
PERUTUSAN PENGARAH PEPERIKSAAN |
|
Tuesday, 29 July 2008 |
|
Assalamualaikum... w.b.t. Salam Sejahtera Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Urusetia Laman Web Lembaga Peperiksaan di atas usaha gigih bagi menguruskan laman web ini. Saya berharap seluruh warga Lembaga Peperiksaan dapat memberi kerjasama kepada urusetia laman web Lembaga Peperiksaan dalam menyumbangkan bahan-bahan dan maklumat yang terkini agar pelanggan yang melayari laman web ini akan mendapat maklumat yang terkini berkaitan dengan urusan peperiksaan awam dan luar negeri yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan.
Kita sedia maklum bahawa peningkatan penggunaan laman web bagi mendapatkan maklumat di kalangan masyarakat adalah semakin meningkat. Justeru itu, perubahan corak perhubungan berasaskan teknologi maklumat ini haruslah seiring dengan perubahan penyampaian maklumat oleh Lembaga peperiksaan. Saya juga berharap kepekaan terhadap kehendak, keperluan dan pengurusan pelanggan seharusnya menjadi keutamaan kepada seluruh warga Lembaga Peperiksaan khususnya urusetia Laman Web ini. Saya juga berharap segala pertanyaan dan masalah pelanggan yang melayari laman web ini dapat diuruskan dengan segera dan menjadi satu sistem komunikasi alaf baru yang berkesan.
Kepada seluruh pelanggan yang melayari laman web ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian kerana melayari laman web kami, termasuk apa jua pandangan yang diberikan bagi meningkatkan pengurusan dan keberkesanan pengurusan peperiksaan. Saya amat yakin dengan adanya sistem penyampaian dan penerimaan maklumat yang berkesan melalui laman web ini, segala masalah atau makluman dapat disampaikan dengan segera.
Terima kasih. Dr. Salbiah Bt. Ismail Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 30 July 2008 )
|