Utama

Hebahan
Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2007 Lembaga Peperiksaan.
 
Tarikh baru bagi UPSR(9 - 11 September), PMR(13-17 Oktober) dan STAM(20-22 Oktober dan 28-29 Oktober). Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 11 November sehingga 5 Disember.
 
Menu Utama
Utama
Takwim Peperiksaan
Profil Jabatan
Maklumat Am
Peperiksaan
UPSR
PMR
SPM
SPMU
STAM
LUAR NEGERI DAN PROFESIONAL
PBS
PEKA
Muat Turun
Borang
Menu Lain
Pekeliling Am/Surat Siaran
Hiper Rangkai
Pengumuman
Muat Turun
Kalendar
E-mel LP
Berita
Carian
Galeri
Log Masuk LP





Hilang katalaluan
Tiada akaun ? Daftar Baru
Kaunter Pelawat
Hari ini: 34
Semalam: 1012
Pelawat Bulanan: 5176
Pengguna di Talian
Arkib
SELAMAT DATANG KEPADA PENGARAH PEPERIKSAAN - DR. SALBIAH BINTI ISMAIL
Tuesday, 29 July 2008

Seluruh warga Lembaga Peperiksaan mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan perlantikan Dr. Salbiah bt. Ismail sebagai pengarah Lembaga Peperiksaan, bagi menggantikan Y. Bhg. Dr. Haili bin Dolhan yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami mengharapkan dengan perlantikan ini, kegemilangan dan kecemerlangan kepimpinan yang telah disemai oleh pemimpin-pemimpin terdahulu akan diteruskan oleh kebijaksanaan dan ketrampilan kepimpinan beliau yang sememangnya telah dikenali sebagai pemimpin yang berkaliber dan mempunyai wawasan yang tinggi untuk membawa Lembaga Peperiksaan ke arah pengurusan yang dinamik dan berkualiti.

 
PERUTUSAN PENGARAH PEPERIKSAAN
Tuesday, 29 July 2008

Image
Assalamualaikum... w.b.t.
Salam Sejahtera

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Urusetia Laman Web Lembaga Peperiksaan di atas usaha gigih bagi menguruskan laman web ini. Saya berharap seluruh warga Lembaga Peperiksaan dapat memberi kerjasama kepada urusetia laman web Lembaga Peperiksaan dalam menyumbangkan bahan-bahan dan maklumat yang terkini agar pelanggan yang melayari laman web ini akan mendapat maklumat yang terkini berkaitan dengan urusan peperiksaan awam dan luar negeri yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan.

Kita sedia maklum bahawa peningkatan penggunaan laman web bagi mendapatkan maklumat di kalangan masyarakat adalah semakin meningkat. Justeru itu, perubahan corak perhubungan berasaskan teknologi maklumat ini haruslah seiring dengan perubahan penyampaian maklumat oleh Lembaga peperiksaan.

Saya juga berharap kepekaan terhadap kehendak, keperluan  dan pengurusan pelanggan seharusnya menjadi keutamaan kepada seluruh warga Lembaga Peperiksaan khususnya urusetia Laman Web ini. Saya juga berharap segala pertanyaan dan masalah pelanggan yang melayari laman web ini dapat diuruskan dengan segera dan menjadi satu sistem komunikasi alaf baru yang berkesan.

Kepada seluruh pelanggan yang melayari laman web ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian kerana melayari laman web kami, termasuk apa jua pandangan yang diberikan bagi meningkatkan pengurusan dan keberkesanan pengurusan peperiksaan. Saya amat yakin dengan adanya sistem penyampaian dan penerimaan maklumat yang berkesan melalui laman web ini, segala masalah atau makluman dapat disampaikan dengan segera.

Terima kasih.

Dr. Salbiah Bt. Ismail
Pengarah
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

 
PERUTUSAN TAHNIAH - APC 2007
Monday, 21 July 2008

PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC 2007 OLEH PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN

Baca lagi...