Pengumuman

Urusan Pemangkuan Guru Besar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Dari Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)...

Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41 ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2013. Iklan dan panduan yang berkaitan telah dimuatnaik dalam sistem ePangkat. Permohonan oleh Guru Besar yang berminat mula dibuka mulai 20 Mei 2013 dan ditutup 6 Jun 2013.

>Muat Turun Surat Iringan.<

STATISTIK KEHADIRAN MURID TAHUN 2000 SEHINGGA 2012

TINDAKAN : PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TAWAU Merujuk kepada surat siaran PPDTW/800-2/25(65) bertarikh 6 Februari 2013 UPK yang dihantar melalui emel pada 6 Februari 2013 11:47am dan surat dari JPN Sabah JP(SB)/1000(02)/600/01/01/ Jld. 8(32) bertarikh 05 Februari 2013 mohon tindakan  segera untuk melakukan penghantaran maklumat berkaitan selewat-lewatnya pada atau sebelum 24 Mei 2013 maklumat tersebut perlu dihantar sebelum atau pada 28 Mei 2013 .Sehubungan dengan itu mohon agar pihak tuan/puan dapat mengemukakan data berkaitan mengikut tarikh terkini.Surat siaran berkaitan boleh dimuat turun melalui emel rasmi sekolah tuan/puan atau melalui pautan berikut :- * Lampiran | Surat Siaran Emel pada 6 Februari 2013 11:47am | Lampiran Softcopy Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Unit Pembangunan Kemanusian u/p En. Sappe Paret/En. Vaea Sarima atau Unit Pengurusan Maklumat dan ICT u/p En. Haripin Bin Kaping. Perhatian serta kerjasama tuan/puan amat kami hargai. Terima Kasih. * UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN | UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT, PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.

Pertandingan Karnival Pendidikan Sains Teknologi Jab.Pel.Neg.Sabah

Syarat Pertandingan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Sabah 2013 Bagi Kategori Seperti Berikut.

Pertandingan Teknologi Perlancaran Roket

Pertandingan Saintis Muda Menengah & Rendah

Pertandingan Bercerita Sains

Pertandingan Eureka Ree

Pertandingan Efficient Energy Cooking Competition (Eecc)

Pertandingan  Kereta Solar dan Bot Solar

Borang Daftar Peserta dan Pegawai Teknikal

Tarikh Tutup Permohonan Adalah Pada 31 Mei 2013

 

 


 

SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEHINGGA SEHINGGA 30 APRIL 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya) Sila hubungi : Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, emel : penguatkuasaan[a]moe.gov.my Muat Turun SENARAI PEMINJAM TEGAR SEHINGGA 30 APRIL 2013 Diterbitkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

Pengemaskinian maklumat dalam sistem ePangkat bagi urusan pemangkuan hakiki bidang Umum / teknikal / pendidikan islam PPPS DG41 ke DG44...

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan Pemangkuan Gred DG41 ke Gred DG44 dan Gred DG44 ke Gred DG48 pada bulan April 2013.
Sebagai langkah awal, BPSM telah menyediakan panduan bagi PPPS yang terlibat untuk menyemak kembali maklumat-maklumat mereka yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan pemohonan dan mengelakkan kegagalan
pemohonan iklan yang akan didiarkan kelak. Panduan tersebut tersebut boleh diperolehi di paparan utama ePangkat atau dimuat turun melalui laman sesawang www.moe.gov.my/epangkat Sebarang Pertanyaan Sila berhubung dengan Unit Perjawatan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan pada talian tel : 088 256251 / 088 256 250 faks : 088255495

TAKWIM PPD LAHAD DATU 2013

Semua Pengetua Cemerlang/Pengetua, Guru Besar Cemerlang, Guru Besar Dan Penolong Kanan Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Lahad Datu boleh memuatturun fail berikut untuk rujukan pentadbiran dan penyelarasan program di peringkat sekolah tuan dan puan bagi sesi persekolahan Tahun 2013. Sebarang pertanyaan dan perincian boleh berhubung dengan, En Ricky @ Idris Hj Andres ( Ketua Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi PPD Lahad Datu atau email di ricky.andres[at]moe.gov.my >>Muat Turun Takwim PPD Lahad datu<<  

Nombor Fail Peribadi Peringkat Ibu Pejabat

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Guru Besar SK, SRK, SJK(C)   Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan setiap anggota di Pejabat / Sekolah tuan/puan telah mempunyai Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat. Nombor Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat bermula dengan JP(SB)/………   Jika masih ada anggota tuan/puan yang belum mempunyai nombor Fail Peribadi tersebut, sila arahkan anggota tersebut mengemukakan satu salinan Borang Maklumat Diri berserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke Unit Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada   ENCIK DAHLAN BIN MOHD.YASIN NO.TEL : 088-513443   Unit Perkhidmatan SKPP, JPN Sabah

0123456
Sektor Pengurusan Akademik PDF Cetak E-mail

Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Tingkat 8, Blok A&B, Bangunan KWSP
Beg Berkunci No.199
88746 Kota Kinabalu Sabah.

 
Tel          :  088 - 246575 / 246576/ 246581
Faks       :  088 - 237357

Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

alt

Ketua Sektor: Dr. Haji Mohd. Kassim bin Haji Mohd. Ibrahim

Emel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
 
Laman web: http://www.moe.gov.my/jpnsabah/spa

 
Carta Organisasi
alt
Visi dan Misi
Objektif

VISI

Pendidikan berkualiti penjana modal insan unggul

MISI
 

Untuk mencapai visi ini, seluruh warga dan jentera pendidikan di negeri ini perlu berusaha untuk memenuhi misi berikut:

  • Membangunkan kepimpinan dan pengurusan pendidikan untuk mewujudkan organisasi pendidikan terbilang;
  • Menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti yang mampu melahirkan modal insan unggul dan seimbang yang mampu membangunkan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.
     
  1. Merancang, menyelaras, melaksana, dan memantau pengurusan dan pemantauan kurikulum.
     
  2. Menyelaras, melaksana, dan memantau program-program Kementerian Pelajaran Malaysia
     
  3. Merancang, menyelaras, dan melaksana program-program kecemerlangan akademik
     
  4. Merancang, menyelaras, dan melaksana latihan profesional guru
     
  5. Menyelaras dan mengurusetiakan Jawatankuasa Peringkat Negeri
     
  6. Melaksanakan tugas-tugas khas yang diarahkan dari semasa ke semasa

Piagam Pelanggan

 
Fungsi
 Kami, warga Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan penuh iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
 
  1. Melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum  secara sistematik dan profesional.
  2. Memberi khidmat bantu kepada Jabatan, PPD, sekolah, dan guru tentang pengajaran dan pembelajaran secara profesional dan mesra.
  3. Melaksanakan program-program Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri dengan cekap dan berkesan.
  4. Melaksanakan program-program kecemerlangan akademik dengan efektif.
  5. Memastikan semua kursus wajib Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Melaksanakan latihan profesionalisme guru mengikut analisis keperluan dengan berkesan.
  7. Bekerjasama dengan agensi lain bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
Memastikan pelaksanaan kurikulum pendidikan kebangsaan mengikut Akta Pendidikan 1996.