Soalan/Masalah/Isu:
Assalamualaikum,saya Pembantu tabdir dari XXXX ingin bertanya beberapa persoalan mengenai e-hadir
1. sekiranya sekolah bercuti peristiwa..perlukah kehadiran guru besar dan AKS direkod dalam Laporan Kehadiran Bukan Hari Persekolahan?
2. perlukah di rekod kehadiran guru besar dan AKS di sepanjang cuti persekolahan dalam Laporan Kehadiran Bukan Hari Persekolahan?
3.apabila saya klik di ruangan Laporan Kehadiran Bukan Hari Persekolahan..dan klik pada bulan Januari tercatat di bawah nya
""Jumlah Rekod Kehadiran: 0 Jumlah Hari Persekolahan:22 tidak lengkap dan sila lengkapkan""
saya tidak berapa faham...boleh jelaskan mengenai perkara tersebut...sebab saya belum lagi mengisi Laporan Kehadiran Bukan Hari Persekolahan kerana saya
tidak berapa faham cara untuk mengisinya.
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Jawapan soalan 1. Perlu sekiranya pentadbir dan AKS mengambil keputusan untuk hadir bertugas pada hari tersebut. Jawapan soalan 2. Perlu. Jawapan soalan 3. Berlaku kesilapan teknikal. Akan dibaiki segera. Sekian terima kasih.
(Ditulis Oleh: Admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Digit ke 12 No. KP tidak dicatat dalam sistem ehadir menyebabkan laporan tidak hadir tidak boleh dikey in. Sudah diupdate berulang-ulang tapi tidak data tetap sama. Bila key in data ralat keluar = Column 'KPUtama' cannot be null
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Salam 1 Malaysia, masalah ini adalah disebabkan kesilapan memasukkan no KP Utama dan telah dibetulkan. Sekian terima kasih
(Ditulis Oleh: Admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Saya dari SK Kg Pertanian, Sandakan (XBA2090).Isu berkaitan dengan e-hadir. Terdapat kesilapan maklumat En. XXXXX pada no. kad pengenalan (XXXX-XX-XX-) sepatutnya (XXXXX=XXXXX)
Saya sudah buat pembetulan (kemaskini) beberapa kali tetapi masih lagi tidak berubah.
Harap dapat bantu.
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Untuk makluman tuan, bagi staf baharu sama ada haharu posting atau pindah dari luar Sabah, data staf perlu didaftarkan ke dalam sistem. Oleh itu anda perlu mengambil perhatian bahawa no kputama perlulah direkodkan 720707125534 tanpa ada tanda -. Harap maklum. Untuk kes ini pihak kami akan cuba bantu.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Mohon review bhg edit ketidakhadiran staf dan rekod. Bila diedit cthnya : sebab Tukar kepada TUGAS RASMIā¦bila keluar dan masuk semula ia jadi TIDAK HADIR TANPA SEBAB.
Kemudian bila di review semula ,bhg sebab itu menjadi TIADA REKOD.
Jadi macamana jalan penyelesiannya?
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Untuk perhatian apabila terdapat pertukaran sebab ketidakhadiran. Anda perlu masukkan kod yang betul untuk menggantikan kod asal. Perhatikan "Sila pilih jenis cuti yang tepat bagi menggantikan rekod asal yang salah". Klik pautan diberikan untuk melihat kod cuti.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Setelah saya selesai merekod dan ingin melihat atau membuat pembetulan, sy klik butang PAPARAN LAPORAN dimana paparan menunjukkan "Tidak sah. Senarai staf yang tidak hadir adalah tidak sama dengan analisis kehadiran yang dilaporkan. Sila betulkan." sedangkan kehadiran rekod kehadiran adalah sama mengikut dalam buku kedatangan guru dan staf sekolah.Saya tidak boleh membuat pembetulan pada ruang LAPORKAN ANALISIS KEHADIRAN STAF kerana paparan tidak menunjukkan tarikh yang hendak diperbetulkan dan ruang pada KEMASKINI BILANGAN HARI PERSEKOLAHAN juga tidak sama pada paparan JANA LAPORAN KEHADIRAN BULANAN untuk dicetak.
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Pada bulan Januari rekod sekolah ini lebih. Anda perlu edit tarikh 2013-02-06 dan membetulkan bulannya. Pada 2013-01-24 peratus kehadiran 0. Ini mungkin disebabkan tarikh 2013-01-24 merupakan cuti ganti. Untuk staf (KTBM) yang hadir pada 2013-01-24 anda perlu buat laporan dalam hari bukan persekolahan. Pihak pembangun sedang berusaha memperbaiki sistem ini untuk mengasingkan pentadbir, guru dan KTBM. Justeru pihak sekolah perlu mengemaskini data jawatan dan jantina setiap guru. Sekian harap maklum.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Boleh ka di bangunkn mekanisma cetakan ikut tarikh bulan dan tahun data pergerakan berkenaan.
Harap maklum
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
InsyaAllah akan diusahakan pada masa terdekat.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Dlm sistem e-hadir, utk tarikh 31.1.2013 & 1.2.2013, ada seorg guru, tlh dnyatakan tdk hadir krn cuti bersalin. Tapi tdk tersenarai d jana laporan kehadiran harian. Kenapa ya? (smk likas)
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Untuk makluman sistem ini sedang dalam pengemaskinian. Masalah ini sudah diselesaikan. Namun demikian terdapat kesilapan data tuan iaitu tidak mengistiharkan bilangan hari persekolahan bagi bulan Januari dan Februari. Skrip sistem ini gagal mengira peratus kehadiran sekolah ini.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Salam 1 Malaysia,
Saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk mengeluarkan maklumat salah seorang kakitangan di sekolah ini daripada senarai Staf Sk sentosa, Tawau di dalam sistem E-hadir Online ini. Ini kerana beliau telah bertukar ke SK Kilimu, Ranau pada 18 Januari 2013.
Kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan dan dihargai.
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Bagi staf yang berpindah dalam negeri Sabah, data tidap perlu dipadam. Anda boleh memindahkan staf tersebut sekiranya tahu kod sekolah dan kod ppd. Atau biarkan sahaja rekod itu untuk memudahkan guru yang bertanggungjawab dalam ehadir di sekolah baru mengambil data guru yang berpindah itu. Untuk makluman staf yang berpindah ke luar Sabah, datanya perlu dipadam. Manakala staf yang baharu perlu didaftarkan ke dalam sistem ini. Sekian.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Salam,saya dari Sekolah Pusat SK Bum-Bum,Semporna.Saya ingin bertanya mengenai bilangan hari persekolahan pada bulan januari ialah 21 hari...tp bila saya nak lihat jana laporan bulanan,dia tulis rekod anda lebih.walaupun saya dah edit bilangan hari persekolahan...mcm mn nk selesaikan masalah ini?
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Cuba lihat rekod yang bercampur dengan bulan berkenaan iaitu 2013-02-05. Klik butang kemaskini (gambar pensil) anda akan lihat bulan bagi tarik tersebut direkodkan berada dalam bulan Januari. Anda perlu bertulkan bulan tersebut dengan ejaan betul. Untuk makluman kuiri ke atas pangkalan data menggunakan bulan sebagai panduan bagi memisahkan rekod setiap bulan.
(Ditulis Oleh: admin)
|
Soalan/Masalah/Isu:
Saya dari SK. Telisai , nak tanya knpa saya x boleh login masuk
sistem ehadir.
Jawapan/Penyelesaian/Tips:
Sila rujuk dengan PPD
(Ditulis Oleh: admin)
|