12:04pm
images images1 Outlook faq

UPSR - Pendaftaran UPSR 2013

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013 akan dilaksanakan secara on-line.
 
2.         Taklimat pendaftaran akan dibuat selepas Tahun Baru Cina dan semua setiausaha peperiksaan akan dimaklumkan melalui portal.
 
3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta mengemaskini maklumat murid Tahun 6 2013 yang terdapat dalam data APDM seperti:-
 
            i)          Nama pelajar (ikut ejaan seperti dalam Sijil Kelahiran)
            ii)         No Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan
            iii)         Tarikh Lahir
            iv)        Agama
            v)         Keturunan
            vi)        Kohort Umur
 
4.         Pihak sekolah juga diminta menyediakan dokumen-dokumen atau surat sokongan yang berkaitan untuk Calon Berkeperluan Khas (CBK)
 
Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.