Kategori: Warga Pendidik Ditulis oleh Masterz
SURAT SIARAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 1 TAHUN 2013 : PEMANTAPAN PENGGUNAAN SISTEM MEL ELEKTRONIK DI AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Surat siaran ini bertujuan memaklumkan tentang Pemantapan Penggunaan Sistem Mel Elektronik Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) dan Surat Arahan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Sila muat turun surat siaran tersebut :
Penggunaan Sistem Mel Elektronik KPM
Telah Dikemaskini pada Rabu, 22 Mei 2013 09:11
Hit: 235
Kategori: Warga Pendidik Ditulis oleh Masterz
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Dimaklumkan bahawa EMK untuk murid-murid OKU bagi Fasa 1/2013 telahpun dimasukkan ke dalam akaun kerajaan sekolah-sekolah seperti senarai lampiran.
Pembayaran pertama ini adalah bagi tempoh Januari hingga Jun 2013
( RM150 x 6 bulan = RM900 Seorang )
Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid OKU tetapi tiada dalam senarai yang dilampirkan, sila buat permohonan secara online di http://apps.moe.gov.my/sisoku/ bermula September 2013.
Kegagalan pihak sekolah untuk memohon secara online akan mengakibatkan murid OKU dari sekolah tuan tidak mendapat EMK bagi tahun 2013
Untuk menyemak nama murid OKU di sekolah tuan, sila muat turun lampiran di SINI
Telah Dikemaskini pada Isnin, 20 Mei 2013 16:41
Hit: 367
Kategori: Warga Pendidik Ditulis oleh Masterz
URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DARI GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan iklan bagi Urusan Pemangkuan Guru Besar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2013.
Sehubungan dengan itu dua panduan bagi urusan berkenaan iaitu:
1)Panduan Semakan Maklumat Bagi Urusan Pemangkuan Guru Besar Gred DG44
2)Panduan Bagi Permohonan iklan Urusan Pemangkuan Guru Besar Gred DG44
telah dikeluarkan dan dimuatnaik ke Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi rujukan pemohon yang berminat. Adalah diingatkan urusan ini menggunakan sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) secara atas talian. Permohonan secara luar talian serta melewati tarikh tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh tutup permohonan pada 6 Jun 2013 (Khamis). Sebarang pertanyaan tentang perkara ini, sila hubungi Encik Mohd Zamri Bin Rahim, Pembantu Tadbir,Unit Naik Pangkat jabatan ini ditalian 047404147
Sila muat turun untuk maklumat lanjut:
Telah Dikemaskini pada Isnin, 20 Mei 2013 10:54
Hit: 210
Kategori: Warga Pendidik Ditulis oleh Masterz
PENGGUNAAN SISTEM eRAWATAN PERINGKAT JABATAN PELAJARAN NEGERI
Pihak kementerian telah membangunkan Sistem eRawatan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat bagi kegunaan dan kemudahan pelaksana peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam urusan penyimpanan data dan permohonan tuntutan rawatan perubatan. Sebagai pendedahan awal kepada pengguna sistem, satu bengkel dan taklimat berhubung Sistem eRawatan telah diadakan pada Oktober 2012. Sehubungan dengan itu, semua pengguna Sistem eRawatan dikehendaki menggunapakai sistem tersebut dalam urusan berkaitan permohonan tuntutan rawatan perubatan dengan mengambil tindakan sepatutnya.
Sila muat turun untuk maklumat lanjut :
Telah Dikemaskini pada Ahad, 19 Mei 2013 16:07
Hit: 277