Daftar Pengguna

Pengguna Berdaftar   70  

, 11:55:21 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1
Halaman Utama
Muat Turun Arkib
1 2 3 4 5 6 7  


Pengumuman
Penulis : ENCIK SHAHIRAN BIN KAMARUDDIN
Dimasukkan Pada : 2011-09-20 08:20:13
PELANTIKAN GURU INTERVENSI DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Negeri Johor.

 
 
Tuan / Puan,
 
PELANTIKAN GURU INTERVENSI DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR.
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
            Sukacita dimaklumkan bagi memastikan Program !00% Celik Huruf ( P1NCH ) Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan berkesan, Mesyuarat Ketua Sektor Dan Pegawai Pelajaran Daerah ( KSPPD ) Bil. 3/2009 telah bersetuju supaya semua sekolah menengah harian melantik seorang Guru Intervensi dalam kalangan guru Bahasa Melayu atau Matematik secara dalaman.
 
2.         Pelantikan tersebut hendaklah dibuat pada awal sesi persekolahan 2010. Panduan Pelantikan dan bidang tugas Guru Intervensi tersebut adalah seperti lampiran A.
 
3.         Pihak tuan / puan diminta memaklumkan butiran Guru Intervensi tersebut   kepada Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dengan mengisi Borang Maklumat Guru Intervensi seperti lampiran B. Borang tersebut hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 11 Januari 2010.
 
4.                  Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Sazali bin Abd Hamid, Pen.
Pengarah Pemulihan Khas JPNJ di talian : 07 2332375 atau 013 7426084.
     
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.Terima kasih.
 
 
` BERKHIDMAT UNTUK NEGARA `
 
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
( HJ. SUFA’AT BIN TUMIN )
Pengarah Pelajaran Johor.
 
 
 
LAMPIRAN A
 
PANDUAN PELANTIKAN DAN BIDANG TUGAS GURU INTERVENSI
NEGERI JOHOR
 
1.         Panduan Pelantikan Guru Intervensi :
 
            1.1        Nama Jawatan   : Guru Intervensi
 
1.2        Sekolah terlibat : Semua Sek. Men. Harian  kecuali sekolah berasmara penuh dan
 sekolah kawalan.
 
1.3        Opsyen Guru     : Bahasa Melayu atau Matematik.
                                               
1.4        Kriteria Guru      : Guru Tetap yang berpengalaman dan berdedikasi.
 
2.         Bidang Tugas Guru Intervensi :
 
2.1        Menyelaras Program P1NCH di sekolah menengah.
 
2.2        Mengajar murid yang tidak menguasai 3M ( Bahasa Melayu dan    Matematik ) sahaja
maksimum 20 waktu seminggu.
           
            2.3        TIDAK mengajar kelas-kelas arus perdana.
 
2.4        TIDAK dibebankan atau diberikan tanggungjawab yang penting seperti Ketua
                        Panitia, Setiausaha Sukan, Setiausaha Peperiksaan dan lain-lain.
 
2.5        Memastikan Program P1NCH dibincangkan dalam Mesyuarat Kurikulum
            sekolah.
 
2.6        Mengumpul, mengemaskini dan menghantar data murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M ke PPD dan JPN.
 
2.7        Memastikan semua murid tidak menguasai kemahiran asas 3M diberi
pemulihan dengan berkesan.
 
2.8        Membantu sekolah membuat unjuran ( head-count ) untuk mengurangkan
atau mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M
di peringkat sekolah.
 
            2.9        Membantu pihak sekolah menjalankan kursus atau latihan pemulihan
dalam bilik darjah berpandukan konsep KBSM.
 
2.10      Menyediakan laporan berkala pencapaian Program P1NCH mengikut
            takwim yang ditetapkan oleh JPN.
 
2.11      Melaksanakan aktiviti seperti kursus dan latihan guru, kem motivasi murid
3M dan sebagainya .
 
2.12      Menghadiri mesyuarat dan membuat perancangan dan tindakan selepas
            mesyuarat di peringkat JPN dan daerah.
 
2.13      Membantu guru lain yang terlibat dengan Program P1NCH.
 
            2.14      Dan menjalankan tugas-tugas lain yang dirancang di peringkat PPD dan JPN. 
bullet URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PEGAWAI PERKHIDMATAN SISWAZAH(PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2013
bullet BAHAN TAKLIMAT DAN TATACARA PENGISIAN BORANG PENILAIAN SUMUR SMKA DAN SABK 2013 NEGERI JOHOR
bullet SURAT SIARAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 1 TAHUN 2013 : PEMANTAPAN PENGGUNAAN SISTEM MEL ELEKTRONIK DI AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
bullet PPD/SEK:TUNTUTAN PELARASAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN ENROLMEN MURID PADA 1 JUN 2013
bullet PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
bullet FASA 3 : PELAKSANAAN KURSUS GURU PEMULIHAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TAHUN 2013 (SEKOLAH YANG TELAH DIPILIH SAHAJA)
bullet KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA32 DAN DGA34 SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2013
bullet TAKLIMAT PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA & TADIKA SWASTA BIL. 3/2013
bullet MAKLUMAN:PERMOHONAN BERSARA PILIHAN SENDIRI BAGI GURU BERTARIKH 1 DISEMBER 2013 TELAH DITUTUP
bullet KEJOHANAN BOLA BALING, BOLA JARING, GIMNASTIK, HOKI DAN PERAHU LAYAR MSSJ TAHUN 2013
Lagi...
 
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2013-05-23 15:45:27
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pelajaran Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Johor