|
Latar Belakang Jemaah Nazir Sekolah |
|
|
|
Thursday, 10 April 2008 |
Jemaah Nazir Sekolah(JNS) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956(Perenggan 42-46) dan seterusnya diberi pengesahan oleh Ordinan Pelajaran 1957 (perenggan 92-96). Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran (Surat Mesyuarat No 70, Tahun 1952) dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara. Jemaah Nazir Sekolah terdiri daripada JNS Ibu Pejabat yang terletak di Putrajaya, 15 JNS Negeri dan 11 JNS Cawangan, iaitu Cawangan Taiping, Raub, Kulim, Muar, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Sibu, Miri dan Keningau. JNS diketuai oleh Ketua Nazir Sekolah(KNS) manakalan JNS Negeri diketuai oleh Ketua Nazir Negeri (KNN) dan Ketua Nazir Cawangan (KC) mengetuai JNS Cawangan. Sesuai dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 untuk memastikan pendidikan yang bermutu dapat diperoleh dan dinikmati oleh setiap murid di negara ini, bilangan Nazir Sekolah ditambah. Dalam penstrukturan semula JNS pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. JNS kini diperuntukkan 660 jawatan: 428 jawatan Nazir Sekolah dan 232 jawatan staf sokongan. JNS turut mendapat satu lagi pejabat baru negeri di Wilayah Persekutuan Labuan.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 10 April 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
<< Mula < Sebelum 1 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 1 dari 1 |