direktori Direktori webmel Webmel

1. Apakah Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA)?

SPPA merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan kawalan dan pemantauan aset bagi semua kementerian dan jabatan di Malaysia. Terdapat tiga (3) modul utama dalam SPPA seperti berikut:

Proses menjaga, mengawal, mengendali dan menyenggara harta berbentuk fizikal yang mempunyai nilai dan diperolehi sama ada untuk digunakan terus atau bagi masa akan datang dalam pengeluaran barangan siap atau perkhidmatan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

SPS adalah satu sistem pengurusan stor secara bersepadu di mana ia menggabungkan elemen pengurusan stor yang mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 Tatacara Pengurusan Stor.

Helpdesk membolehkan pengguna membuat aduan melalui sistem. Fungsi utama sistem ini adalah menerima aduan mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan, mengurus dan memantau aduan yang diterima dengan lebih kemas dan teratur.

2. Siapakah Yang Boleh Menggunakan Aplikasi Ini?

Terdapat beberapa peringkat pengguna yang dikategorikan seperti berikut:

  1. Pengguna biasa – pengguna biasa boleh menggunakan aplikasi ini tanpa perlu login ID Pengguna dan kata laluan bagi Modul Permohonan Pinjaman Peralatan dan Aduan Kehilangan.
  2. Pasukan Petugas SPA Bahagian/ Jabatan – pengguna yang diberikan ID Pengguna dan kata laluan untuk mengakses SPA bagi mendaftar aset alih dan mengemaskini maklumat dalam SPA
  3. Penyelaras SPA KPM – Pentadbir (Administrator) yang bertanggunjawab memantau pelaksanaan sistem dan juga bagi menjaga keselamatan sistem ini, samada dari segi merekod, mengemaskini ‘editing’, penyimpanan dan penghapusan maklumat. Selain itu, Pentadbir juga boleh mengakses Modul Laporan Eksekutif.

3. Siapakan Yang Diberikan Akaun SPA?

SPA adalah dikhususkan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset di Bahagian/ Jabatan. Pegawai-pegawai ini dilantik menganggotai Pasukan Petugas SPA Bahagian/ Jabatan.

4. Bagaimana Cara Untuk Mengakses Sistem Ini?

Sistem ini boleh diakses di atas talian melalui alamat berikut:

http://10.22.70.74/portalspa

5. Apakah Modul Yang Terdapat Dalam SPA?

Sistem yang dibangunkan berasaskan web ini mengandungi 12 modul bermula daripada Modul Penerimaan sehingga Modul Meja-Bantuan. Modul-modul ini dibahagikan kepada tiga (3) Fasa penggunaan seperti di Jadual 1. Latihan secara hands-on akan dilaksanakan berdasarkan prestasi bagi setiap fasa pelaksanaan.

Fasa Penggunaan Modul SPA
Fasa I Penerimaan, Pendaftaran, Penempatan, Pengurusan Kod
Fasa II Pergerakan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Laporan
Fasa III Agihan, Pelupusan, Hapuskira, Meja-Bantuan

Jadual 1

6. Bagaimana Untuk Mengemukakan Permohonan Menggunakan SPA?

Agensi bawahan tidak perlu mengemukakan permohonan menggunakan SPA. Pelaksanaan SPA adalah secara berperingkat bermula daripada peringkat Ibu Pejabat Kementerian (Bahagian) diikuti peringkat negeri (Jabatan Pelajaran Negeri), peringkat daerah dan sekolah.

7. Apakah Status Pelaksanaan SPA Di KPM?

SPA mula digunapakai di KPM mulai tahun 2009. Peluasan pelaksanaan SPA sehingga Januari 2011 adalah seperti berikut:

8. Dimanakah Saya Boleh Mencari Maklumat Mengenai Kategori Harta Modal, Inventori Dan Stok Bekalan Pejabat?

Terdapat 16 kategori aset alih dan 18 kategori stok yang boleh diakses dari Portal MyAsset Knowledgebase di alamat berikut:

http://spa.treasury.gov.my/knowledgebase

9. Apakah Perkakasan Yang Diperlukan Bagi Menggunakan SPA?

Perkakasan yang diperlukan adalah Pencetak Barkod dan Pengimbas Barkod.

10. Siapakah Yang Perlu Dihubungi Sekiranya Terdapat Sebarang Masalah Atau Pertanyaan Berhubung SPA KPM?

Pengguna boleh menghubungi Penyelaras SPA KPM di talian 03-88846834/ 6924 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan.

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS
Tahun Fasa Pelaksanaan Bahagian/ JPN
Jan 2009 Fasa I (Rintis) BPM, BKEW, BPPA, BPSH, BPSBP
Jun 2009 Fasa II BA, IAB, BT, JNJK, BPI, BP, BM, BSSK, BPTV,BPPK, BHEK, BPPDP, BDHA, BAS, BPSM, BPsK, LPM, BPKhas, BAD, BKP, BPS, BPK, BBT, BPG, BTP
Jan 2010 Fasa III (a)) JPNKEL, JPWPL, JPNPP, JPNPER, JPNSEL, JPNTER, JPNKED
Fasa III (b) JPNPAH, JPWPP, JPNSAB, JPNJOH, JPNMEL, JPNS, JPNSAR, JPWPKL


Masa Capaian : 1.83 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: