direktori Direktori webmel Webmel

1. Bagaimana Kaedah Memohon

Permohonan dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang www.moe.gov.my atau www.bptv.edu.my setelah iklan disiarkan di akhbar-akhbar utama.

2. Keputusan Permohonan Diketahui?

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tiga (3) minggu setelah permohonan ditutup atau merujuk kepada info permohonan tahun semasa ketika aplikasi permohonan atas talian dibuka.

3. Bagaimana Nak Semak Keputusan Permohonan?

Semakan boleh dibuat secara atas talian pada paparan yang sama di www.moe.gov.my atau www.bptv.edu.my.

4. Ada 2 Borang Dalam Talian. Isi Kedua-Dua Atau Salah Satu?

Hanya terdapat satu borang permohonan sahaja berdasarkan aliran murid Tingkatan Tiga.

5. Perbezaan Kolej Vokasional,Bidang Teknik, Bidang Vokasional Dan Latihan Kemahiran

  1. Kolej Vokasional menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia
  2. Sekolah Menengah Teknik menawarkan aliran teknikal dan pelajar akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia

6. Dalam 4 Kategori Sekolah, Semua Pilihan Sekolah Ada Mana Satu KV, Teknik Vokasional Dan Kemahiran.

Bagi pilihan sekolah, sila rujuk info kemasukan dalam aplikasi permohonan online atau layari laman sesawang www.bptv.edu.my

7. Bila Dapat Result PMR Sebenar, Pemilihan Kemasukan Bagaimana?

Pemilihan kemasukan bergantung kepada syarat-syarat kemasukan mengikut program yang ditawarkan.

8. Adakah Sijil Dan Diploma KV Diiktiraf Oleh MQA Atau Tidak.

Diploma Vokasional Malaysia adalah persijilan bagi program Kolej Vokasional Ia adalah program yang diiktiraf kerana untuk melaksanakannya, Akta Pendidikan telah dipinda dan pindaannya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 April 2015 dan di Dewan Negara pada 29 April 2015 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Akta Pendidikan (Pindaan) 2014 secara rasminya meluluskan pelaksanaan program Kolej Vokasional (KV) selama 4 tahun 3 bulan.

Program KV juga sedang melaksanakan pemantapan dan penambahbaikan untuk mendapat pengiktirafan MQA. KPM ingin memaklumkan bahawa kesemua 16 program yang ditawarkan oleh 15 Kolej Vokasional Rintis secara dasarnya telah mendapat perakuan Certification of Quality Compliance (CQC) oleh MQA pada 12 Februari 2015.

9. Lepasan KV Tiada SPM, Boleh Sambung Pengajian Ke IPTA/S?

Pelajar KV akan diberikan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) setelah tamat program pre diploma. Melalui penyetaraan SVM dengan SPM pelajar yang layak akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari awam dan swasta dengan menggunapakai SVM yang telah disetarakan namun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh IPT tersebut. Pelajar juga boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran ke tahap lebih tinggi melalui Institusi Tinggi Latihan Kemahiran (ILK).Untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke Universiti atau IPT, laluan alternatif bagi pelajar lepasan DVM yang tidak layak memiliki setara SPM adalah dengan melanjutkan pengajian melalui Pengkreditan Pengalaman – Pembelajaran Terkumpul (APEL - Acreditation Prior Experiential Learning) dengan menggunakan pengalaman bekerja di industri selama 2 tahun

10. Bagaimana Cara Untuk Saya Mengetahui Maklumat Lanjut Tentang KV/SMV

Sila layari laman sesawang www.bptv.edu.my

11. Apa Perlu Dibuat Apabila Tidak Dapat Meneruskan Akses Perrmohonan Secara Online Kerana Kombinasi No K.P Dan Angka Giliran Tidak Sama?

Sebarang masalah berkaitan permohonan kemasukan boleh diajukan kepada Sektor Pengurusan Murid, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-88845154

12. Saya Merupakan Guru Di Sekolah Menengah Harian. Bagaimanakah Caranya Untuk Saya Lakukan Bagi Membolehkan Saya Berpindah K Sekolah Mengah Vokasional?

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui sistem e-Gtukar

13. Bagaimana Caranya Untuk Saya Lakukan Agar Saya Dapat Berpindah Kerana Pengetua Di Sekolah Saya Tidak Meluluskan Permohonan Saya Ini?

Permohonan pertukaran anda tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pertukaran Bahagian dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan.

14. Saya Merupakan Guru Yang Baru Dilantik Dan Masih Belum Sah Jawatan. Bolehkah Permohonan Saya Diluluskan Kerana Saya Mempunyai Masalah Keluarga?

Permohonan pertukaran anda boleh dipertimbangkan setelah megnambil kira kepentingan keperluan perkhidmatan

15. Semasa Saya Mengisi Pertukaran Secara ‘Online’ Saya Dapati Maklumat Peribadi Saya Salah. Kepada Siapa Perlu Saya Maklumkan Perkara Ini?

Maklumat peribadi anda perlu dikemas kini dari semasa ke semasa di modul e-OPERASI. Sebarang ralat perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.

16. Bolehkah Sesuatu Pertukaran Dilakukan Dalam Tempoh 24 Jam?

Pertukaran dalam tempoh 24 jam boleh dilakukan atas arahan pengurusan tertinggi KPM

17. Bolehkah Saya Menukar Lokasi Penempatan Saya Walaupun Semasa Permohonan Saya Telah Ditempatkan Di Lokasi Yang Berlainan?

Lokasi penempatan bagi permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh diubah kerana kelulusan tersebut telah mengambil kira keperluan perkhidmatan di kawasan yang dipohon

18. Saya Telah Membuat Permohonan Ke Sekolah Di Negeri Johor. Bolehkah Sekiranya Saya Memohon Untuk Menukar Lokasi Ke Negeri Melaka Walaupun Permohonan Pertukaran Ke Negeri Johor Itu Belum Diluluskan?

Lokasi permohonan boleh ditukar sekiranya permohonan belum ditutup dan perlu mendapat pengesahan/kebenaran pengetua. Walau bagaimanapun sekiranya tarikh permohonan telah ditutup dan permohonan sedang diproses, sebarang pertukaran tidak dibenarkan.

19. Pertukaran Saya Telah Diluluskan. Terima Kasih Saya Ucapkan. Namun Begitu, Saya Ingin Mengubah Lokasi Pertukaran Saya Ke Tempat Lain. Apakah Tindakan Yang Perlu Saya Lakukan Bagi Menyelesaikan Masalah Ini.

Lokasi penempatan bagi permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh diubah kerana kelulusan tersebut telah mengambil kira keperluan perkhidmatan di kawasan yang dipohon

20. Selama 7 Tahun Saya Telah Mencuba Memohon Untuk Bertukar Ke Negeri Kelantan. Apakah Faktor Yang Menyebabkan Permohonan Saya Ini Tidak Diluluskan. Bagaimana Caranya Untuk Saya Memenuhi Hajat Saya Ini?

Permohonan pertukaran boleh dipertimbangkan atas faktor keperluan perkhidamtan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.

21. Tuan, Suami Saya Bertugas Di Sebuah Syarikat Perikanan Di Pahang. Dan Saya Berhajat Untuk Bertukar Di Sana. Saya Kini Mengajar Di Kuala Lumpur. Tempat Yang Ingin Saya Pohon Tidak Mempunyai Bidang Yang Saya Ajar Kini. Apa Yang Harus Saya Lakukan Bagi Membolehkan Saya Dapaat Berpindah Ke Negri Pahang Berdekatan Dengan Tempat Suami Saya Bertugas.

Anda boleh memohon pertukaran ke sekolah di daerah lain yang berdekatan atau ke jenis sekolah yang menawarkan bidang yang bersesuaian dengan opsyen anda.

22. Bagaimana Dengan Undang-Undang / Peraturan Di KV ?

Masih mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPM .

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.8975 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: