direktori Direktori webmel Webmel

1. Apa Itu Pendidikan Khas?

“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di tiga opsyen (setting) persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas, atau di sekolah arus perdana yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah.

2. Siapakah Murid Berkeperluan Khas?

“Murid Berkeperluan Khas”, ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

3. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pendidikan Khas?

“Sekolah Pendidikan Khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas (MBK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas).

4. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pendidikan Khas Integrasi?

“Program Pendidikan Khas Integrasi” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

5. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pendidikan Inklusif?

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

6. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pemulihan Khas?

“Program Pemulihan Khas” ertinya suatu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.

7. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pendidikan Bagi Juvana Dan Banduan Muda?

“Pendidikan Bagi Juvana” ertinya program pendidikan untuk Pesalah Juvana di Sekolah Henry Gurney bertujuan untuk memberi peluang kepada pesalah juvana mendapat akses pendidikan kebangsaan; menjadikan pendidikan sebagai medium pemulihan alternatif; memberi peluang kedua kepada pesalah juvana memperbaiki diri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah diri; dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran apabila dibebaskan.

“Pendidikan Banduan Muda” ertinya program pendidikan untuk Banduan Muda / Tahanan Muda di Sekolah Integriti bertujuan untuk memberi peluang kepada banduan muda / tahanan muda mendapat akses pendidikan kebangsaan; sebagai medium pemulihan alternatif dan memberi peluang kedua kepada banduan muda memperbaiki diri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah diri; dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran apabila dibebaskan.

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.7775 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: