direktori Direktori webmel Webmel

1. Berapakah Bilangan IPG?

Pada ketika ini terdapat 27 buah IPG di seluruh negara.

2. Apakah Perbezaan Maktab Perguruan Dan IPG?

Perbezaan utama ialah IPG boleh mengendalikan peringkat ijazah sepenuhnya.

3. Apakah Program-Program Yang Ditawarkan IPG?

IPG akan menjalankan latihan keguruan Pra-Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan.

4. Apakah Kekuatan IPG?

IPG terbahagi kepada ‘cluster of excellence’ dalam pelbagai bidang iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional, Pendidikan Khas, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Sains Sosial.

  • Semua tenaga pengajar mempunyai kelayakan ikhtisas.
  • IPG sentiasa responsif kepada perubahan dasar pendidikan negara.
  • IPG mempunyai ‘Teaching School’ bagi memantapkan kompetensi guru pelatih.
  • Mewajibkan komponen ko-kurikulum dalam Kurikulum Pendidikan Guru.
  • Modul BIG-Bina Insan Guru untuk semua guru pelatih IPG.

5. Apakah Jaminan Kualiti IPG?

Institut Pendidikan Guru telah menerima anugerah kualiti MS ISO 9001:2000 dalam Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPK). Kini IPG sedang melaksanakan langkah-langkah bagi mematuhi standard untuk mendapatkan anugerah kualiti:

  • MQF (Malaysia Qualification Framework)
  • SGM (Standard Guru Malaysia)
  • MS ISO 9001:2005

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.845 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: