direktori Direktori webmel Webmel

1. Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan PMI (Permohonan Melalui Internet) dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional(BSN) sebanyak RM10.00 (tidak termasuk GST).

2. Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan?

PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November tahun pemohon menduduki SPM.

3. Apakah program yang ditawarkan?

  1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua (2) semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
  2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat (4) semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

4. Apakah bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh Program Matrikulasi, KPM?

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Perakaunan
  3. Aliran Teknikal

5. Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?

Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi KPM.

6. Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2017/2018?

Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2017/2018 ialah :

JURUSAN PROGRAM SATU TAHUN KOLEJ MARA PROGRAM DUA TAHUN
SAINS RM599.00 RM715.00 RM599.00
PERAKAUNAN RM546.00 RM720.00
TEKNIKAL RM599.00
PDT III (SESI 2017/2018) RM311.00

7. Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan 10% Kokurikulum.

8. Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah kolej Mara seperti berikut:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

9. Bilakah keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2017/2018 akan diketahui?

Keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2017/2018 ialah pada 27 April 2017 iaitu tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2016 diumumkan.

10. Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi?

Pelajar boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut mulai 27 April 2017:

  1. Talian telefon pejabat atau bantuan - 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi - 4.30 petang, atau
  2. Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia - www.moe.gov.my, atau
  3. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888.

Pemohon PERLU melayari laman sesawang supaya boleh terus mencetak surat tawaran atau terus membuat rayuan dalam talian.

11. Berapa peratuskah kemasukan pelajar Bukan Bumiputera dalam Program Matrikulasi KPM?

Kemasukan pelajar bukan bumiputera ialah 10%.

12. Apakah syarat kelayakan minimum? Dan apakah mata pelajaran yang dikira merit?

Bermula pengambilan pelajar baharu sesi 2017/2018, jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambilkira dalam pengiraan merit:

JURUSAN SAINS

JURUSAN PERAKAUNAN

ALIRAN TEKNIKAL

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA INGGERIS

C

BAHASA INGGERIS

C

BAHASA INGGERIS

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

KIMIA

C

FIZIK/ KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN / SAINS PERTANIAN /
PERTANIAN/ EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA CIPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI /
SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN /
EKONOMI ASAS/ EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH/ TASAWWUR ISLAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(DUA (2) TERBAIK)

C

FIZIK

C

FIZIK/BIOLOGI
(SALAH SATU)

C

BIOLOGI/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN/ SAINS PERTANIAN/ PERTANIAN/
EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA CIPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI/
SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN/ EKONOMI ASAS/
EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(SALAH SATU)

       

LULUS

KIMIA

LULUS

SEJARAH

LULUS

SEJARAH

LULUS

SEJARAH

MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP UNTUK PENGIRAAN MERIT

13. Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?

Tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu sesi 2017/ 2018 ialah pada 5 Jun 2017 (10 Ramadan 1438H).
Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran.

14. Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon?

Pelajar PST boleh memohon PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh memohon PDT.

15. Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?

Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej apabila anda mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

16. Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat melalui pengarah kolej (secara bertulis).

Jika 5 hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

17. Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian bermula 27 April 2017 dan akan berakhir pada 11 Mei 2017, atau

boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan (kaunter rayuan ada disediakan dalam tempoh tersebut), atau

menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu dilampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

18. Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?

Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut, bermula 8 Jun 2017 dan anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut :

  1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang, atau
  2. melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my, atau
  3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888.

19. Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

  1. Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  3. Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

20. Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia?

Ya, hanya pelajar Aliran Teknikal sahaja dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan ditempatkan di Semenanjung Malaysia.

21. Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

22. Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

23. Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:

  1. Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
  2. Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (luar negara).
  3. Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di IPTA.
  4. Mengikuti Program Tahmidi perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
  5. Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
  6. Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
  7. Sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh jawatankuasa di Bahagian Matrikulasi.

24. Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM?

Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

25. Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi KPM?

Semua pelajar yang telah tamat pengajian Program Matrikulasi KPM sejak tahun Sesi 1999/ 2000 layak untuk memohon Sijil Matrikulasi KPM.

26. Adakah pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 perlu memohon Sijil Matrikulasi KPM?

Tidak perlu. Pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 dan seterusnya akan diberi sijil secara automatik berserta transkrip akademik sekiranya memenuhi syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM.

27. Apakah syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM?

Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM: i. Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM; ii. Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM; iii.. Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan iv. Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.

28. Bagaimanakah saya hendak memohon Sijil Matrikulasi KPM?

Sijil Matrikulasi KPM boleh dimohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my bermula pada 1 Januari 2017. Sila ikuti panduan yang disediakan dalam borang permohonan tersebut.

29. Bilakah tarikh tutup permohonan Sijil Matrikulasi KPM?

Tiada tarikh tutup dan permohonan dibuka sepanjang tahun.

30. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM?

Tiada sebarang bayaran.

31. Apakah alamat emel yang boleh digunakan untuk menghantar borang permohonan saya?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

32. Berapa lamakah masa untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM selepas membuat permohonan?

30 hari bekerja selepas borang permohonan diterima oleh Bahagian Matrikulasi.

33. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi untuk sebarang pertanyaan berkaitan Sijil Matrikulasi KPM?

Bahagian Matrikulasi boleh dihubungi di talian 03 – 8884 4083.

34. Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan Sijil Matrikulasi KPM?

Boleh, dengan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM50.

35. Sekiranya saya mempunyai Sijil Matrikulasi KPM, adakah saya Layak memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

Hanya pelajar Program Matrikulasi KPM yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 dan ke atas serta lulus semua mata pelajaran wajib sahaja yang layak memohon ke jawatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti yang diperincikan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil. 3/ 2016

36. Apakah gred gaji permulaan yang akan saya perolehi jika diterima berkhidmat di sektor awam?

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2016 bertarikh 14 Disember 2016 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan.

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.355 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: