direktori Direktori webmel Webmel

A. PEMBEKALAN

1. Pembekalan buku teks yang tidak mencukupi / tidak menepati bilangan seperti yang dimohon.

Hubungi Penyelia SPBT di PPD / JPN untuk tindakan susulan.

2. Pembekalan buku teks yang lambat diterima / tidak mengikut masa seperti yang dijadualkan.

Hubungi Penyelia SPBT di PPD / JPN untuk tindakan susulan.

3. Berkaitan SOP Skim Pinjaman Buku Teks: i) kelayakan penerima skim pinjaman buku teks.

Dasar kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks adalah 100% kepada murid yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

3. Berkaitan SOP Skim Pinjaman Buku Teks: ii) tatacara murid yang berpindah sekolah / antara negeri (zon yang berbeza)

Murid dibenarkan membawa buku teks ke sekolah baharu.

3. Berkaitan SOP Skim Pinjaman Buku Teks: iii) penerimaan buku lusuh

Laporkan kepada pengurusan SPBT sekolah untuk penggantian set buku teks yang lain.

3. Berkaitan SOP Skim Pinjaman Buku Teks: iv) stok buku teks di sekolah tidak mencukupi.

Hubungi Penyelia SPBT di PPD / JPN untuk tindakan susulan.

4. Berkaitan SOP dan tata cara pelupusan buku teks.

Pihak sekolah boleh merujuk panduan sedia ada yang dibekalkan ke sekolah. (Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks)

5. Senarai buku teks dan penerbit untuk diperolehi di pasaran terbuka.

Lebihan potongan boleh didapati semula dengan cara menghantar surat beserta slip gaji yang menunjukkan lebihan potongan serta slip gaji yang telah diberhentikan potongan sama ada melalui pos atau datang sendiri ke kaunter Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan

B. PENERBITAN

1. Apakah konsep buku teks?

Penulisan buku teks adalah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) yang disediakan  oleh  Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kandungan buku teks semasa adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kandungan Buku Teks disusun sebegitu rupa untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

2. Bagaimana cara menjadi penulis buku teks untuk subjek tertentu ?

Hubungi penerbit berkaitan berdasarkan mata pelajaran yang ingin dihasilkan.

3. Bagaimana kawalan mutu buku teks dipantau?

KPM mengawal mutu buku Teks dengan cara melantik panel penilai terdiri daripada pensyarah universiti awam, pensyarah Institut Perguruan Malaysia, guru pakar, guru cemerlang dan guru akademik yang berpengalaman dalam bidang masing-masing

4. Bagaimana Buku Teks ini dihasilkan?

Pihak KPM akan menyediakan panduan penulisan dan garis panduan penulisan Buku Teks. Penerbit dijemput untuk mengambil bahagian bagi menghasilkan Buku Teks. Buku Teks yang terbaik dan berkualiti tinggi akan dipilih.

5. Buku panduan guru untuk "Common European Framework of References(CEFR)".

Dibekalkan ke semua sekolah:

5 buah buku panduan bagi setiap sekolah rendah dan

7 buah buku panduan bagi sekolah menengah

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.755 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM