direktori Direktori webmel Webmel

PENGENALAN SDH

Sekolah Dalam Hospital (SDH) adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi keciciran murid yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang di hospital.

SDH merupakan pusat pembelajaran di hospital yang khusus dan berstruktur, berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid bermasalah kesihatan. Pembelajaran di SDH adalah berorientasikan didik hibur dan fleksibel di mana guru sebagai pemudahcara untuk membantu mereka mengikuti pembelajaran di SDH. Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.

Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital" telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Mesyuarat juga memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus SDH.

SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School in Australia (The Children's Hospital at Westmead. Royal Noith Shore Hospital and Sydney Children's Hospital. Randick) yang telah disesuaikan mengikut konteks Malaysia. Sehingga kini terdapat 15 buah SDH di seluruh negara.

Pelaksanaan Program SDH sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak agensi luar seperti Badan Bukan Kerajaan dan syarikat-syarikat korporat bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka. Sumbangan-sumbangan yang diterima amat bermanfaat untuk merealisasikan perancangan aktiviti-aktiviti dalam program ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif secara santai / didik hibur (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital
  2. Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran.
  3. Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur kanak-kanak yang bersekolah tanpa batasan tem pat dan keadaan.
  4. Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.

LOKASI SDH DI MALAYSIA

TARIKH PEMBUKAAN SDH

BIL KOD SDH NEGERI TARIKH BEROPERASI
1 WAD0001 SDH Hospital Kuala Lumpur (HKL) WP Kuala Lumpur 18 Julai 2011
2 BAD4001 SDH Ampang Selangor 18 Julai 2011
3 BAD8001 SDH Serdang Selangor 18 Julai 2011
4 WAD0002 SDH Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) WP Kuala Lumpur 18 Sept. 2012
5 DAD1001 SDH Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan 18 Sept. 2012
6 JAD1001 SDH Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) Johor 18 Sept. 2012
7 CAD7001 SDH Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Pahang 18 Sept. 2012
8 JAD5001 SDH Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Johor 24 April 2013
9 WAD0003 SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) WP Kuala Lumpur 21 Nov. 2013
10 BAD7001 SDH Hospital Selayang Selangor 23 Nov. 2013
11 NAD4001 SDH Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Negeri Sembilan 1 Jun 2014
12 XAD4001 SDH Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas (HWKKL) Sabah 18 Ogos 2014
13 YAD1201 SDH Hospital Umum Sarawak (HUS) Sarawak 18 Ogos 2014
14 XAD3001 SDH Hospital Tawau Sabah 1 Julai 2015
15 TAD3001 SDH Sultanah Nur Zahirah Terengganu 17 Sept.2015

KELAYAKAN MURID SDH

  1. Warganegara dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas.
  2. Berdaftar di sekolah kerajaan.
  3. Dijangka menerima rawatan di wad lebih daripada 3 hari dan berulang (dialisis) atau rawatan berulang.
  4. Diperakukan oleh pegawai perubatan sebagai murid yang mempunyai kesediaan belajar (clinically fit).
  5. Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SDH

PROSEDUR BELAJAR DI SDH

MUAT TURUN

 

Pemilihan Amalan Terbaik Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan SDH Tahun 2017  Muat Turun
Manual Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital  Muat Turun
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.07 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: