direktori Direktori webmel Webmel

Pengenalan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Peripatetik.

Sokongan 3PK bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi membolehkan MBK menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik selain membimbing MBK ke arah hidup berdikari serta bermakna.

Pengurusan 3PK negeri berada di bawa seliaan Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu (CLKB), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 12 buah 3PK di seluruh Malaysia yang beroperasi di Sekolah Pendidikan Khas dan satu (1) beroperasi di Bahagian Pendidikan Khas.

Peranan dan Fungsi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)

  1. Melaksanakan program saringan kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.

  2. Melaksanakan ujian/penilaian dengan menggunakan peralatan khas/instrumen standard bagi mengenal pasti masalah-masalah spesifik yang dihadapi oleh kanak-kanak dan MBK.

  3. Melaksanakan program intervensi/rehabilitasi bagi meminimakan impak ketidakupayaan kanak-kanak dan MBK.

  4. Melaksanakan program intervensi awal dari aspek domain-domain perkembangan bagi kesediaan kanak-kanak ke alam persekolahan.

  5. Menyediakan perkhidmatan konsultasi mengikut bidang khusus iaitu Peripatetik, Audiologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Psikologi bagi menyokong pendidikan MBK secara menyeluruh.

Perkhidmatan Sokongan Yang Disediakan

1. Audiologi
i. Ujian audiologikal
ii. Penilaian diagnostik pendengaran
iii.  Program rehabilitasi pendengaran
iv.  Pemeriksaan dan penilaian alat bantu pendengaran dan assistive listening devices
v.  Memberi konsultasi kepada ibu bapa/penjaga dan guru
2. Patologi Pertuturan Bahasa
i. Ujian saringan
ii. Penilaian diagnostik pertuturan bahasa
iii.  Program rehabilitasi pertuturan bahasa
iv.  Konsultasi berkaitan komunikasi dan pertuturan bahasa kepada ibu bapa/penjaga dan guru
3. Peripatetik
i. Ujian saringan dengan menggunakan instrumen standard
ii. Program Intervensi masalah pembelajaran
iii. Pengurusan klien dengan profesional atau agensi yang berkaitan
iv. Konsultasi berkaitan dengan keperluan pembelajaran/pendidikan MBK
4. Terapi Carakerja
i. Ujian saringan
ii. Penilaian terapi carakerja
iii. Program intervensi terapi carakerja
iv. Konsultasi kepada ibu bapa/penjaga dan guru
5. Psikologi
i. Ujian saringan
ii. Penilaian diagnostik bagi mengesan masalah spesifik MBK
iii. Program Intervensi
iv. Konsultasi kepada ibu bapa/penjaga dan guru

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.0625 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: