direktori Direktori webmel Webmel

headerkm

Peperiksaan Penggal 3 STPM Tahun 2017

dan Peperiksaan Penggal 1 STPM 2018

Seramai 45,303 orang calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3 STPM 2017 di 683 buah pusat peperiksaan di seluruh negara pada 6, 7, 8, 9, dan 14 November 2017. Daripada bilangan ini, seramai 44,819 orang adalah calon sekolah kerajaan, 222 calon sekolah swasta, 254 orang calon persendirian individu, dan 8 orang calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, seramai 50,011 orang calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2018 pada 15, 16, 20, dan 21 November 2017 di 670 buah pusat peperiksaan. Daripada bilangan ini, seramai 49,746 orang adalah calon sekolah kerajaan, 168 calon sekolah swasta, 80 orang calon persendirian individu, dan 17 orang calon sekolah kerajaan negeri.

Selain daripada itu, peperiksaan Ulangan Penggal 1 STPM 2017 juga akan diadakan, iaitu pada 15, 16, 20, dan 21 November 2017 dengan seramai 41,078 orang calon yang akan mendudukinya, manakala peperiksaan Ulangan Penggal 2 STPM 2017 akan diadakan pada 22, 23, 27, dan 28 November 2017 dengan seramai 40,289 orang.                                      

Ujian bertulis Malaysian University Englist Test (MUET) Sesi November 2017 pula akan dijalankan pada 4 November 2017 di 483 buah pusat ujian dengan seramai 48,065 orang calon.

Calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan. Bagi calon persendirian individu, mereka hendaklah juga membawa slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi MUET semasa hadir menduduki peperiksaan ini. Calon boleh mencetak LPKC dan MUET/D masing-masing melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my. Calon juga dinasihati agar menyemak nama pusat peperiksaan yang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah.

Jika berlaku sebarang bencana alam pula, seperti banjir atau tanah runtuh, dan calon mendapati sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.  

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan tersebut semasa peperiksaan STPM dan MUET berlangsung, MPM telah membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-61261668. Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang. Talian telefon lain yang boleh dihubungi ialah 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261653/03-61261661/03-61261662.

  

KHAWARI BIN IDRIS

Pegawai Perhubungan Awam

Majlis Peperiksaan Malaysia    

                        

2 November 2017            

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.8375 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: