direktori Direktori webmel Webmel

Banner Simposium Psiko 16 17 Okt

Program Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 akan dilaksanakan pada 16 hingga 17 Oktober 2017 di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.

 

Pada 16 hingga 17 Oktober 2017, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 bertempat di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Program ini akan dirasmikan oleh  Yang Amat Berhormat  Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin. Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu. Simposium ini juga turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema Simposium Psikologi Kaunseling pada tahun ini ialah “Bebas Stigma Santuni  Mereka”.

Di antara objektif program ini adalah untuk menguar-uarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang ditawarkan oleh BPsK,  Kementerian Pendidikan Malaysia di samping memperkasakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di seluruh negara.

Simposium ini akan mengenengahkan pakar-pakar psikologi dan juga psikiatri untuk berkongsi kepakaran dengan para peserta. Di antaranya seperti YBhg. Dato’ Abdul Halim Bin Jusoh dari Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Hj. Lukman @ Zawawi Bin Muhamad dari UniSZA, Dr. Kamarul Bin Md. Shah dari Universiti Malaysia Terengganu dan lain-lain tokoh yang berkaliber serta berpengalaman.

Simposium ini mensasarkan warga KPM khususnya kaunselor organisasi, Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang berada  di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah termasuk pensyarah-pensyarah dari universit awam di Malaysia.

Poster Simposium Psiko 16 17 Okt

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.815 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: