direktori Direktori webmel Webmel

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Regional Centre for Education in Science and Mathematics mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sama ada dalam kalangan Pegawai/Pensyarah/Guru Penolong Kanan/Guru Cemerlang/Jurulatih Utama/ Guru Sains dan Matematik sama ada  di Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah di bawah KPM untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO RECSAM bagi tahun 2018.

Maklumat berkaitan kursus tersebut adalah seperti berikut :

 

Bil Perkara  
1. Iklan Muat Turun
2. Course Description Muat Turun
3. Application Form Muat Turun
4. Medical Report Muat Turun
5. Scholar Agreement Muat Turun

 
Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi seperti yang telah dimaklumkan di atas MESTI disertakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan lain seperti berikut :
 
(i)            Profile Individu / Resume Ringkas dan  Tugas Semasa PPP
(ii)          Salinan Kad Pengenalan
(iii)         Salinan Passport – jika ada
(iv)         Salinan TOEFL/IELTS atau Sijil-Sijil Kompetensi Bahasa Inggeris lain
(v)          Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan (Pengarah/Pengetua/Guru Besar)
 
Semua dokumen hendaklah dikemukakan/diposkan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan (30 OKTOBER 2017) bagi setiap kursus yang dimohon dengan segera kepada :
                     
                        Encik Ahmad Sabri bin Abdullah
                        Sektor Dasar Keguruan,
                        Bahagian Pendidikan Guru,
                        Kementerian Pendidikan Malaysia,
                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                        62604 PUTRAJAYA.
Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Ahmad Sabri bin Abdullah,Sektor Dasar Keguruan, BPGdi talian 03 8884 1060 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.845 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: