direktori Direktori webmel Webmel

Touronkai

Keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan Kemahiran Pendidikan Abad 21 digunapakai secara meluas disambut secara berlapang dada oleh para mendidik apabila melihat kepada pelbagai bentuk transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan bermula dengan penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sehingga kepada pendedahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)  berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di peringkat pra-sekolah sehingga intitusi pengajian tinggi.

Mendokong hasrat meletakkan pendidikan negara setanding dengan negara dunia bukan hanya terletak di bahu segelintir pihak semata-mata, malah perlu digalas secara saksama oleh semua golongan pendidik dari setiap lapisan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia, tidak terkecuali Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang sememangnya sudah memiliki sejarah yang lama dalam melahirkan golongan pendidik berjiwa guru sejati.

Melihat kepada objektif yang begitu komprehensif diletakkan oleh KPM dalam mentrasformasikan hala tuju pendidikan negara, ternyata ianya memerlukan penghayatan dan tahap pemahaman yang tinggi dari setiap golongan pendidik. Justeru itu, pendedahan berkala dan perbincangan secara profesional dan berterusan melalui pelbagai platform dilihat antara mekanisme yang mampu untuk merancakkan lagi keterujaan pendidik dalam meningkatkan pengetahuan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi, setanding dengan tuntutan global sebagaimana yang ditetapkan dalam PPPM 2013-2025.

PPPM 2013-2025 melalui Aspirasi ke 2 dari 5 Aspirasi Pendidikan iaitu aspek KUALITI; meletakkan negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. Aspirasi Pendidikan turut ditokok dengan kesediaan pendidik dalam melahirkan generasi akan datang untuk merealisasikan 5 Aspirasi Murid iaitu; Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwi-Bahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional yang unggul.

Sehubungan itu, IPGKBA yang begitu sinonim dengan pengurusan dan pelaksanaan program seperti Malaysia Technical Coorperation Programme (MTCP) bermula tahun 2001 dan lain-lain program antarabangsa seperti Malaysia Australia Education Programme (MAEPA) dan Join Technical Corperation Malaysia-Thailand (JTCM), Korea Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dan Nihongo Partners (NP) dirasakan perlu bertindak lebih bijak dan menjadi perintis dalam memanupulasikan peluang yang ada ke arah anjakan positif dalam mengangkat mutu dan masa depan pendidikan negara.

Hubungan akrab yang terjalin atas dasar kepercayaan dan jaminan kualiti pengurusan yang ada diantara IPGKBA , Kementeria Luar Negeri (MOFA) dan agensi luar yang lain boleh dijadikan sebagai satu platform kepada IPGM untuk meneroka peluang-peluang baru  dalam usaha membina hubungan professional dengan negara luar seiring dengan hasrat yang terkandung dalam dasar Transformasi Pendidikan Negara untuk meletakkan kualiti pendidikan di tahap setanding dengan negara maju.

Sehubungan itu, IPGKBA mengambil pendekatan pro-aktif dengan menganjurkan program TOURONKAI討論会IPGKBA bagi mengangkat tema yang menjurus kepada amalan profesional dan kemahiran pendidikan Abad ke 21 dari perspektif antarabangsa untuk  melihat variasi amalan professional dan pedagogi yang digunapakai oleh pelbagai negara luar khususnya negara yang terlibat secara langsung dalam program Malaysia Techinal Cooperation Programme (MTCP) dengan harapan dapat dijadikan rujukan kepada golongan pendidik tempatan dalam memartabatkan lagi pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.875 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: