direktori Direktori webmel Webmel

YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PENCALONAN PESERTA BAGI MENYERTAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN DENGAN BIASISWA OLEHSEAMEO RELC’S  BAGI TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada emel daripada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 21 Julai 2017 dan surat tawaran kursus daripada SEAMEO RELC  dengan nombor rujukan RELC3345/A bertarikh 23 Jun 2017 adalah berkaitan.

                                                                            

     2.         Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah mengambil maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Regional Language Centre mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Perkhimatan Pendidikan (PPP) sama ada dalam kalangan Guru Penolong Kanan/ Guru Cemerlang/ Jurulatih Utama/ Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Menengah Atas/ Menengah Rendah) dan Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO RELC bagi tahun 2018.

     3.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO RELC menawarkan biasiswa bagi kursus-kursus antarabangsa seperti yang berikut:

Bil

Tajuk Kursus

Tarikh

Kumpulan Sasaran

Tarikh Tutup Permohonan

a.

Advanced Specialist Certificate (I) in Teaching Listening and Speaking

(C111)

3 – 19 Jan 2018

2 Jan : Ketibaan

20Jan: Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren dan yang berkaitan

04 Sept 2017

b.

Advanced Specialist Certificate (II) in Language Skills and Pedagogy

(C211)

3 Jan 2018 – 09 Feb 2018

02 Jan : Ketibaan

10 Feb : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren dan yang berkaitan

04 Sept 2017

c.

Advanced Specialist Certificate (I) in Teaching Reading and Writing

(C112)

23 Jan 2018 – 09 Feb 2018

22 Jan : Ketibaan

10 Feb : Ketibaan

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren dan yang berkaitan

04 Sept 2017

d.

Specialist Certificate in Teaching English as an International Language (TEIL)

20 Feb 2018 – 09 Mar 2018

19 Feb : Ketibaan

10 Mar : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren dan yang berkaitan

04 Sept 2017

f.

Advanced Specialist Certificate (I) in Language Assessment

(C113)

20 Mar 2018 – 06 Apr 2018

19 Mar : Ketibaan

07 Apr : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren dan yang berkaitan

04 Sept 2017

g.

Blended Post Graduate Diploma in Applied Linguistics

(C103)

02 Jul 2018 – 14 Dis 2018

01 Jul  : Ketibaan

15 Dis  : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren dan yang berkaitan

02 Okt 2017

h.

Specialist Certificate on Content and Language Integrated Learning

(C421)

02 Okt 2018 – 19 Okt 2018

01 Okt : Ketibaan

20 Okt : Berlepas

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Men,Sekolah Ren, SISC +

02 Okt 2017

4.         Sehubungan dengan itu, semua PPP sama ada dalam kalangan guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kursus dalaman secara perkongsian ilmu kepada rakan-rakan guru setelah tamat berkursus dan kembali bertugas di institusi, jabatan atau bahagian masing-masing.  Penyertaan dalam kalangan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

5.         Untuk makluman YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan,  bayaran pendaftaran kursus dan tuisyen, kos penerbangan (pergi balik), kos penginapan  dan elaun sara hidup bagi  guru/ pensyarah/ pegawai sepanjang menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak penganjur iaitu SEAMEO RELC.  Penyertaan dalam kalangan guru/ pensyarah/ pegawai hendaklah melalui danmendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.  Permohonan yang diterima akan disaring dan diperhalusi oleh Panel Pemilihan BPG yang telah dilantik dan permohonan yang layak serta memenuhi kriteria yang diperlukan akan terus dicalonkan kepada pihak penganjur untuk tindakan selanjutnya.

6.         Bersama-sama surat ini dilampirkan (i) General Information on SEAMEO RELC 2018 Courses, (ii) SEAMEO RELC 2018 Course  Description, (iii) Medical Examination Form dan (iv) Application Form for SEAMEO RELC 2018 Courses.  Hanya borang yang lengkap dan sampai ke BPG dalam tempoh masa yang telah ditetapkan sahaja yang akan diproses.  Semua maklumat kursus dan borang yang berkaitan perlu dimuat turun daripada Portal Rasmi KPM (www.moe.gov.my) seterusnya dicetak manakala semua dokumen dan borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu disertakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti berikut :

(i)            Annex C1 :  Application Form (for all courses)

(ii)          Annex C3 :  Medical examination form (for all courses)

(iii)         Individual Profile dan  Tugas Semasa PPP

(iv)         Salinan Kad Pengenalan

(v)          Salinan Passport (belum tamat tempoh)

(vi)         Salinan TOEFL/IELTS atau Sijil-Sijil Kompetensi Bahasa Inggeris lain

(vii)        Surat Iringan / Sokongan daripada Ketua Jabatan

Semua dokumen hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan bagi setiap kursus yang dimohon dan pos segera kepada :

                        Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

                        Sektor Dasar Keguruan,

                        Bahagian Pendidikan Guru,

                        Kementerian Pendidikan Malaysia,

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                        62604 PUTRAJAYA.

                       

Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk tujuan semakan bagi penerimaan borang di Bahagian ini :

                                                                                                                                   

                                      i.        Puan Zaliza binti Ali

                                    Tel       :           03-8884 1192

                                    E-mel  :           zaliza@Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                                    ii.        Puan Khairina binti Khalid

                                    Tel       :           03-8884 1194                                  

                                    E-mel  :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

7.         Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Ahmad Sabri bin Abdullah, Sektor Dasar Keguruan, BPG di talian 03 8884 1060 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih.

Bil Perkara  
1. Surat Iklan Muat Turun
2. Annex C1 Application Form for All Courses Muat Turun
3. Annec C3 Medical Examination Form for All Courses Muat Turun
4. Course Information Muat Turun
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.7925 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: