direktori Direktori webmel Webmel

storytelling1.0 Pengenalan

  1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP. 
  2. Pertandingan ini diharapkan dapat menghasilkan
    1. minat dalam industri animasi,
    2. galakan pembangunan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid dan guru, serta
    3. pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.

2.0 Pelaksanaan

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
  2. Setiap negeri dimohon memilih dan menghantar satu (1) klip animasi terbaik dari kategori Sekolah Rendah dan Menengah. Pemilihan animasi terbaik akan ditadbir urus oleh BTPN masing-masing. Sekiranya terpilih, kumpulan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Segala tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan ke majlis anugerah tersebut walau bagaimana pun tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017

3.0 Penutup

  • Bersama-sama ini disertakan lampiran berikut untuk makluman dan tindakan selanjutnya:   
  • Bil Perkara Tindakan
    1.

    Surat Siaran Pertandingan Digital Storrytelling Animation 2017

    Muat Turun
    2. Syarat dan Peraturan Pertandingan (Wajib dibaca dan difahami oleh Semua Peserta) Muat Turun
    3. Borang Penyertaan (Diisi oleh Peserta) Muat Turun
    4. Lampiran Sokongan(Diisi oleh Penilai Peringkat Negeri) Muat Turun
      

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Bahagian Pendidikan Khas
Masa Capaian : 2.01 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: