direktori Direktori webmel Webmel

Sukacita dimaklumkan bahawa Asia-Europe Foundation (ASEF) akan menganjurkan 2nd ASEF Young Leaders’ Summit (ASEFYLS2) dari 4 hingga 8 Mei 2017 di Seoul, Republik Korea. ASEF merupakan sub-organ di bawah Asia-Europe Meeting (ASEM), sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh 51 buah negara di rantau Eropah dan Asia serta Kesatuan Eropah dan Sekretariat ASEAN. ASEF bertujuan memperkukuh rangkaian kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota ASEM bagi mempergiat inisiatif pembangunan belia dengan berfokuskan 6 bidang utama: pendidikan, kebudayaan, pentadbiran, pembangunan mampan, ekonomi dan kesihatan awam.

Sejajar dengan tema “Access to Youth Employment”, ASEFYLS2 akan bertindak sebagai platform perkongsian belia bagi membincangkan cabaran dalam peluang kerjaya dan kaedah terbaik dalam menghadapinya di era 4th Industrial Revolution. Tema tersebut akan diteliti menerusi 8 aspek: umur, pendidikan, kelainan upaya, kewangan, jantina, lokasi, latar belakang dan teknologi. Penganjuran sidang kemuncak ini juga adalah bersempena dengan 6th ASEM Education Ministers’ Meeting (ASEMME6) yang dijangka berlangsung dari 9 hingga 10 Mei 2017 di Seoul, Republik Korea. Malaysia selaku negara anggota ASEM adalah dijemput untuk menyertai sidang kemuncak ini.

Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang peserta dan setiap permohonan penyertaan akan disaring melalui proses pemilihan. Tiada yuran dikenakan dan penginapan serta makan/minum akan disediakan sepanjang acara berlangsung. Pihak penganjur juga akan memberikan subsidi bagi kos penerbangan dan pengangkutan, di mana jumlahnya akan dimaklumkan kepada peserta susulan proses pemilihan peserta selesai.

Kriteria penyertaan adalah seperti berikut:

  1. merupakan warganegara negara-negara anggota ASEM;
  2. merupakan pelajar atau individu profesional dalam lingkungan umur 18 - 30 tahun; dan
  3. mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang kukuh (lisan dan penulisan).

Bagi tujuan penyertaan, permohonan boleh dikemukakan kepada penganjur melalui borang atas talian di laman web rasmi ASEF seperti berikut:

https://asiaeuropefoundation.formstack.com/forms/asefyls2

Tarikh tutup permohonan ialah 20 Mac 2017 (Isnin), jam 11.59 malam waktu GMT. Peserta yang terpilih akan dimaklumkan secara terus oleh penganjur melalui emel dan/atau surat pengesahan. Maklumat lanjut dan Frequently Asked Questions (FAQ) adalah seperti di Lampiran manakala kertas konsep ASEFYLS2 boleh didapati di laman web http://www.asef.org/images/docs/ASEFYLS2_ConceptNote.pdf (akan dimuat naik oleh penganjur kemudian). Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pihak penganjur boleh dihubungi di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Bil Tajuk  
1 2nd ASEF Young Leaders Summit Muat Turun
2 2nd ASEF Young Leaders Summit FAQ Muat Turun

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Bahagian Sukan
Masa Capaian : 2.1075 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: