direktori Direktori webmel Webmel

PERMOHONAN KEMASUKAN KE
PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IBDP)
DI THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK)&
KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC)
BAGI SESI PENGAJIAN 2017/2019


Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) adalah program pra-universiti yang menerima pengiiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan selama 4 semester (2 tahun). Bagi sesi pengajian 2017/2098, Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan IBDP di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Lepasan diploma IBDP boleh meneruskan pengajian ijazah mereka di universiti dalam dan luar negara. IBDP di KPM menerima pelajar-pelajar yang ditaja sepenuhnya oleh organisasi Kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan persendirian.

Calon-calon yang berkelayakan dan berminat dijemput untuk memohon dengan melayari laman web rasmi MCKK di www.mckk.edu.mydan TKC di www.tkc.edu.my


Cara untuk memohon:
1.Muat turun borang permohonan ke The Malay College Kuala Kangsar http://ibdpmckk.com/admissions dan Kolej Tunku Kurshiah http://tkc.edu.my/diplomaprogramme/admission/
2. Mengisi borang permohonan yang telah disediakan
3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4. Mencetak borang permohonan anda dengan salinan dokumen sokongan yang telah diperakui dan poskan ke alamat berikut:
4.1 Bagi pelajar lelaki;


International Baccalaureate Diploma Programme
The Malay College Kuala Kangsar
Kompleks Sultan Azlan Shah
33000 Kuala Kangsar
Perak, Malaysia
(U/P: CIK NORSAFALIZA BINTI IBRAHIM)

Tel: +605-7761680
Fax: +605-7763719
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

*** Beberapa biasiswa akan ditawarkan kepada calon yang layak


4.2 Bagi pelajar perempuan;


International Baccalaureate Diploma Programme
Kolej Tunku Kurshiah
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan, Malaysia
(U/P: PN HAFITAH BAHARUDIN)

Tel: +606-7979800
Faks: +606-7979801
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
FB page: fb.com/ibdptkc


Tarikh tutup permohonan pada: 15 April 2017 (MCKK) dan 1 Mei 2017 (TKC)

Tarikh kemasukan pada: 4 Julai 2017 (MCKK) dan 15 Jun 2017 (TKC)

TV Crawler:

Permohonan kemasukan ke program diploma international baccalaureate (ibdp)di MCKK & TKC bagi sesi pengajian 2017/2019 telah dibuka layari www.moe.gov.my

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.965 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: