direktori Direktori webmel Webmel

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 27 DISEMBER 2016 hingga 04 FEBRUARI 2017 (Peringkat Pengetua/Guru Besar/ Ketua Bahagian Di Bahagian/IAB/IPG/KM) dan 04 FEBRUARI 2017 hingga 28 FEBRUARI 2017 (Peringkat JPN/BAHAGIAN).

Urusan ini terbuka kepada:

(a)       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Januari hingga Jun 2017;

(b)       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Januari hingga Jun 2017; dan

(c)        Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Januari hingga Jun 2017 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA)

Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 27 DISEMBER 2016.

Nota: Sayugia diingatkan bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan Kementerian tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah perakuan yang TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT.

Bil Tajuk  
1 Surat Siaran Muat Turun
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.265 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: