direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: Abd. Wahab Ibrahim

Pendidikan:
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik), Universiti Malaya, Kuala Lumpur - 2008
Bachelor of Science in Physics, University of Manchester, UK - 1982

Pengalaman Perkhidmatan:

 

  1. PPP(S) D1 Guru Penolong SM Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan (1 Dis 1983)
  2. PPP(S) D1 Pegawai Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (16 Jan 1987)
  3. PPP(S) DG3 Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1 Jan 1992)
  4. PPP(S) DG44 Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1 Jan 2003)
  5. PPP(S) DG48(KUP) Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1 Okt 2005)
  6. PPP(S) DG48 Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (16 Apr 2007)
  7. PPP(S) DG52 Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, KPM (1 Ogos 2009)
  8. PPP(S) DG52 Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, KPM (16 Mac 2012)
  9. PPP(S) DG54 (KUP) Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, KPM (17 April 2013)

Kurniaan:

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 2008
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 1996
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 2017

LATAR BELAKANG

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ditubuhkan pada tahun 1968 berdasarkan kepada saranan UNESCO agar sebuah badan khas yang bertanggungjawab untuk mengembangkan minat membaca dan memajukan industri perbukuan dalam kalangan negara-negara membangun. Penubuhan MBKM yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK) adalah berperanan sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku di peringkat kebangsaan. Keanggotaan Majlis terdiri daripada wakil beberapa kementerian dan agensi kerajaan, persatuan dalam industri perbukuan dan badan bukan kerajaan yang ada hubungan dengan perusahaan dan kemajuan buku serta tiga orang ahli individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan terhadap peranan dan fungsi MBKM. Dasar Buku Negara (DBN) ialah dasar yang dijadikan panduan dan hala tuju oleh MBKM untuk merancang program serta melaksanakan aktiviti pengkaryaan, pembacaan dan promosi buku.

Sebelum menerima perjawatan hakiki, Urusetia Tetap MBKM hanya wujud sebagai sebuah Unit di Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pegawainya dipinjamkan secara pentadbiran dari bahagian-bahagian lain. Melalui Waran Perjawatan yang bertarikh 31 Disember 2005, Urusetia Tetap MBKM kini beroperasi sebagai salah sebuah bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diketuai oleh seorang Pengarah. Bahagian ini berperanan untuk mengurus pentadbiran MBKM serta menyelaras segala program kerjasama yang berkaitan dengan pembangunan industri buku melalui pengkaryaan, penerbitan dan pengembangan budaya membaca sama ada dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan pihak swasta di negara ini. Selain itu, MBKM juga berusaha mempromosikan buku-buku Malaysia bersama-sama dengan penerbit dan pengusaha industri buku tempatan di peringkat antarabangsa melalui penyertaan Malaysia dalam acara perbukuan di luar negara.

VISI

“Sejudul buku di tangan setiap warga Malaysia menjelang 2020.”

MISI

Memajukan industri perbukuan negara melalui pembinaan budaya membaca dalam kalangan warga Malaysia.

FUNGSI

  1. Menasihati kerajaan dalam perkara dasar dan peraturan industri buku, khususnya penerbitan bercetak dan penerbitan elektronik dalam bahasa Melayu;
  2. Menjalankan usaha memupuk dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Dasar Buku Negara serta pembinaan modal insan;
  3. Menggalakkan pembentukan norma dan mengadakan kod etika industri buku untuk meningkatkan profesionalisme serta persaingan yang sihat dan adil dengan mengadakan institusi dan peraturan self-regulation untuk industri buku;
  4. Menjalankan kegiatan bimbingan ke arah meningkatkan profesionalisme dalam bidang kepengarangan, penerbitan, pengeluaran dan pemasaran buku bercetak dan elektronik;
  5. Menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai aspek penerbitan dan pembangunan industri buku;
  6. Menjadi pusat maklumat industri buku dengan menubuhkan pangkalan data elektronik dan portal laman sesawang (website) industri buku;
  7. Membantu penerbitan buku-buku yang dianggap tiada daya maju daripada segi komersial tetapi penting bagi pembangunan ilmu pengetahuan;
  8. Memudahkan perundingan antara kerajaan dengan pihak yang berkaitan dengan industri buku dan menjadi forum bagi mana-mana pihak yang berkepentingan dalam industri buku;
  9. Menubuhkan pusat pendaftaran penerbit dan pusat pendaftaran hak cipta;
  10. Menggalakkan penyertaan industri buku negara dalam kegiatan pembangunan dan promosi buku di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk yang berkaitan dengan urus niaga hak cipta;
  11. Bekerjasama dengan pihak penerbit dalam usaha memperbanyakkan penerbitan bahan cetak dan elektronik bagi kegunaan pendidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan;
  12. Menggalakkan perkembangan industri buku di Malaysia melalui program dan aktiviti pemasaran dan lain-lain yang dirancang selaras dengan Misi Nasional dan matlamat Wawasan 2020.

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha:  

  • mempergiatkan empat hubungan kerjasama dengan pihak industri perbukuan melalui kegiatan pembangunan buku, penerbitan elektronik, program serta aktiviti pemasaran di peringkat nasional dan antarabangsa dalam setahun
  • mempromosikan penerbitan buku-buku Malaysia dan penerbitan hak cipta di luar negara melalui penyertaan di lima pesta buku serantau dan antarabangsa setiap tahun
  • menyediakan pangkalan data penggiat buku bagi tujuan pembangunan industri buku
  • menyebarkan maklumat latihan dan aktiviti perbukuan dalam dan luar negara kepada penggiat dan pengusaha buku
  • melaksanakan aktiviti pengkaryaan dalam kalangan warga pendidik bagi menyumbang kepada penerbitan judul yang berkualiti
  • menyelaras pengembangan budaya membaca melalui aktiviti galakan membaca kepada masyarakat.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Aras 1, No. 2251, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
03-8321 7011 03-8321 7012 mbkm
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.01 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: