direktori Direktori webmel Webmel

Nama : Khadijah binti Abdullah.

Pendidikan :

  1. Sijil Perguruan Maktab Perguruan Mohd Khalid
  2. B.Ed (Hons) University of London
  3. Masters Education University of London
  4. Diploma in Applied Linguistics RELC Singapura
  5. Certificate in Lecturing Skills University of Sheffield
  6. Certificate in Education Evaluation Ealing Higher Education London

Pengalaman Perkhidmatan :

 

  1. Ketua Pegawai Eksekutif, PADU Mei 2014 – kini
  2. Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Insurans Malaysia (MII)
  3. Guru, Sekolah Kebangsaan Tambatan Johor Bahru
  4. Guru, Sekolah Menengah Sri Skudai
  5. Pelatih Guru, Maktab Perguruan Ilmu Khas
  6. Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Johor
  7. Pensyarah, Universiti Teknologi Malaysia

Kurniaan :

  1. Honorary Life Membership oleh Institute of Risk Management di United Kingdom
  2. Asia’s Leading Woman in Finance and Investment oleh Anugerah Kepimpinan Wanita Asia Kedua, 2012

 

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan atau Education Performance and Delivery Unit (PADU) ditubuhkan pada tahun 2013. PADU menggabungkan fungsi Pejabat Pelaksanaan Pendidikan (DMO) iaitu unit yang memantau pelaksanaan inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) iaitu unit yang membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PADU berperanan untuk memacu pelaksanaan semua inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kementerian dan di sekolah. PADU memainkan peranan menyokong Bahagian yang melaksanakan inisiatif PPPM manakala kebertanggungjawaban untuk melaksanakan inisiatif merupakan tanggungjawab pegawai kanan di Kementerian.

Pegawai yang ditempatkan di PADU merupakan mereka yang mempunyai bakat terbaik daripada sektor awam dan swasta serta memiliki rekod prestasi yang cemerlang dalam penyelesaian masalah, pelaksanaan, dan jalinan kerjasama.

PADU diterajui oleh seorang ketua yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam mencapai hasil besar dan pantas, mempunyai kemahiran mempengaruh dan telah biasa dengan Kementerian atau sekurang-kurangnya dengan perkhidmatan awam.

 

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

 

Menjadi rakan kepada KPM untuk memacu transformasi sistem pendidikan negara

 

Memacu pelaksanaan dan menjejak kemajuan semua inisiatif di bawah PPPM 2013-2025 untuk memastikan kejayaan transformasi pendidikan negara.

 

  1. Memastikan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) berjalan lancar.
  2. Memacu pelaksanaan dan menjejak kemajuan semua inisiatif di bawah PPPM.
  3. Membantu menyelesaikan isu pelaksanaan dan bertindak sebagai badan yang menyokong.
  4. Memaklumkan isu dan masalah pelaksanaan kepada pihak Kementerian secara tetap untuk tindakan selanjutnya.
  5. Mengurus komunikasi bersama pihak berkepentingan tentang transformasi pendidikan.

 

Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU) akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik serta menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta memastikan kejayaannya.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel (@padu.edu.my)
Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU)
Aras 3 Blok E9 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Wilayah Persekutuan
Malaysia
03 - 8800 9055 03 - 8800 9066 receptionist

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.0475 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: