direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: Tn. Haji Mohd Fauzi bin Datuk Haji Mohd Kassim

Pendidikan:
Sekolah Rendah Dan Menengah Di Methodist Boys School,Kuala Lumpur
1976 : Sijil Rendah Pelajaran (Menerusi Perantaraan Bahasa Inggeris)
1979 : Malaysia Certificate Of Education
1980 : Sijil Am Pelajaran 1981:Higher School Certificate
1986 : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dengan Kepujian)[Pengkhususan Dalam Persuratan Melayu] Universiti Kebangsaan Malaysia
1990 : Diploma Pendidikan (Cemerlang)[Pengajaran Bahasa Malaysia]Institut Bahasa, Kuala Lumpur
2000 : Ijazah Sarjana Pendidikan (Master) (Pengukuran Dan Penilaian), Universiti Malaya

Pengalaman Perkhidmatan:

1. 1994 : Penolong Setiausaha (Kesusasteraan Melayu)
2. 1998 : Editor (Sains Sosial)
3. 2002 : Ketua Penolong Setiausaha (Pengendalian Muet)
4. 2004 : Ketua Bahagian Pengendalian PTK
5. 2006 : Ketua Bahagian Penyelidikan & Dasar Peperiksaan
6. 2011 : Timbalan Ketua Eksekutif 2 MPM
7. 2012 : Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM Hingga Sekarang
8. 2013 : Sejak 9 Jun 2013 Menanggung Tugas Ketua Eksekutif MPM Hingga Sekarang

Kurniaan:

1. Anugerah Pelajar Keseluruhan Terbaik Institut Bahasa Tahun 1990
2. Anugerah Pelajar Akademik Terbaik Institut Bahasa Tahun 1990
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2001, 2007, 2011, 2015
4. Anugerah Anjakan Gaji Tahun 2010, 2011 Anugerah Khidmat Cemerlang:

LATAR BELAKANG

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).

Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.

Sejak MPM ditubuhkan, bidang tugas MPM yang pada mulanya hanya mengendalikan peperiksaan STPM telah diperluas. Pada tahun 1999, MPM telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Malaysian University English Test (MUET). Ujian ini wajib diduduki oleh semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mulai tahun 2003, MPM telah diamanahkan untuk mengendalikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi anggota perkhidmatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga peperiksaan ini dimansuhkan pada 1 Januari 2011. Di samping itu, MPM juga telah mengendalikan Malaysian Information Technology Examination (MITPE) bagi pihak Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR). Peperiksaan ini membolehkan para graduan dan golongan profesional IT mendapat pengiktirafan dalam kemahiran IT di seluruh dunia. Mulai tahun 2008, MPM mengelolakan ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Ujian psikometri yang diadakan dua kali setahun ini bertujuan untuk menilai sahsiah pelajar dan graduan yang ingin mengikuti program pengajian pendidikan untuk menjadi pendidik. Mulai tahun 2009 pula, MPM mengelolakan ujian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MUnSYI) bagi pihak Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2010, MPM telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) untuk mengendalikan peperiksaan bagi pihaknya, iaitu Shariah Registered Financial Planner, Shariah Registered Financial Planner Capstone, dan Shariah Registered Financial Planner Ad-hoc, dan Registered Financial Planner Capstone.

VISI

Visi kami adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang menjana pentaksiran jitu, yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025.

MISI

Misi kami adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran yang menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berwibawa, versatil, dan berdaya maju.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET).
  2. Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap.
  3. Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil.
  4. Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil.
  5. Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan.

FUNGSI

Aktiviti yang dilaksanakan oleh MPM dalam mengendalikan peperiksaan dan ujian adalah seperti yang berikut.

  • Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan
  • Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan
  • Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan
  • Menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan
  • Menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon
  • Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan
  • Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan
  • Mentafahus rayuan tentang keputusan peperiksaan
  • Melatih kakitangan urus setia dan penjawat yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan

PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur. Dalam melaksanakan tugas ini, kami akan memastikan yang berikut:

  1. Peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran peperiksaan STPM dikeluarkan 18 bulan sebelum peperiksaan Penggal 1.
  2. Peraturan, spesifikasi, dan format ujian bagi MUET dikeluarkan 18 bulan sebelum ujian.
  3. Keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan.
  4. Keputusan MUET dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian.
  5. Sijil STPM dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Julai.
  6. Penyata keputusan peperiksaan STPM dan penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.
  7. Salinan sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh dua jam selepas permohonan diterima.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@mpm.edu.my)
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
03-61261600 03-61375581 ceo

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.04 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: