direktori Direktori webmel Webmel

Nama: Dr. ‘Aliah Binti Ahmad Shah

Pendidikan:

Pendidikan:
Doktor Falsafah (Kurikulum Dan Pengajaran), Universiti Putra Malaysia
Master In Education (Measurement And Evaluation), University Of Manchester, England, Uk
Bachelor Pendidikan Teknologi Rumah Tangga, Universiti Pertanian Malaysia

Pengalaman Perkhidmatan:

1. Guru Tingkatan Dan Ketua Panitia Sains Rumah Tangga, Sekolah Menengah Benut, Pontian, Johor, (07 September 1981 - 31 Disember 1984)
2. Ketua Panitia Sains Rumah Tangga, Sekolah Menengah Sri Kembangan, Selangor, (01 Januari 1985 - 31 Januari 1990)
3. Pegawai Peperiksaan (Pembina Kertas Soalan) Dan Ketua Sub Unit Sains Rumah Tangga, Lembaga Peperiksaan, (01 Februari 1990 - 20 September 1994)
4. Pegawai Peperiksaan (Pembina Kertas Soalan) Dan Ketua Sub Unit Sains Rumah Tangga, Lembaga Peperiksaan, (01 Disember 1995 - 1 Disember 2000)
5. Pegawai Peperiksaan (Pembina Kertas Soalan) Dan Ketua Sub Unit Sains Rumah Tangga, Lembaga Peperiksaan, (15 Disember 2004 - 31 Januari 2005)
6. Ketua Penolong Pengarah, Lembaga Peperiksaan, (01 Februari 2005 - 15 Ogos 2008)
7. Pensyarah, Universiti Putra Malaysia, (Jun 2008)
8. Ketua Penolong Pengarah, Lembaga Peperiksaan, (16 Ogos 2008 - 31 Oktober 2010)
9. Ketua Sektor, Lembaga Peperiksaan, (01 November 2010 - 07 Ogos 2011)
10. Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (Delivery Management Office (DMO), (08 Ogos 2011 - 01 April 2013)
11. Pengarah Bersekutu Unit Pelaksanaan Dan Prestasi Pendidikan, Unit Pelaksanaan Dan Prestasi Pendidikan (Padu), (02 April 2013 - 15 April 2014)
12. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknikal Vokasional, (16 April 2014 - 03 November 2014)
13. Timbalan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, (03 November 2014 - 02 Mac 2017)
14. Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, (03 Mac 2017 – Sekarang)

Kurniaan / Anugerah :

1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang (2006)
2. Sijil Perkhidmatan Cemerlang (2015)

 

Lembaga Peperiksaan (LP) lahir sebagai Unit Peperiksaan di Kementerian Pelajaran pada 3 Mei 1956. Pada tahun berikutnya, Unit Peperiksaan telah ditukar kepada Lembaga Peperiksaan. Penubuhannya untuk mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah di negara ini sejajar dengan hasrat Penyata Razak (1956). LP merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan secara berpusat. Peperiksaan ini berlandaskan kurikulum kebangsaan yang dijalankan untuk 1.5 juta calon secara serentak.

 

Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Menjelang 2020.

 

Sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan yang terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan serta berperanan ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

 

  • Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara.
  • Memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan tentang Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

 

FUNGSI

  • Memberi nasihat, memantau, membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah.
  • Mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
  • Mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

TANGGUNGJAWAB

  • Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
  • Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
  • Menggubal alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
  • Menyelaras, mengeluar, mencetak dan mengedar alat pengukuran.
  • Mengawal dan mengendali peperiksaan awam dan luar negeri.
  • Memproses kemasukan calon dan data, mengeluarkan keputusan dan sijil dan menganalisis statistik.
  • Menyelidik untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan "standard".
  • Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan pentaksiran pendidikan.
  • Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.

 

LP bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap, licin dan selamat. Untuk mencapai hasrat ini, kami berjanji:

  • Menilai prestasi calon dengan adil, sahih melalui alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berdasarkan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Membekalkan kertas soalan dengan cukup dan selamat mengikut jadual peperiksaan;
  • Menyediakan kemudahan peperiksaan yang sempurna dan saksama untuk semua calon;
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan yang sah dalam tempoh empat bulan dan sijil dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan;
  • Memberi peluang kepada calon membuat rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dan memberi keputusan dalam tempoh tiga bulan;
  • Memberi perkhidmatan yang mesra dan bersedia untuk memberi bantuan yang berkaitan dengan peperiksaan; dan
  • Meningkatkan pengurusan peperiksaan yang selamat, cekap, berkesan, canggih, dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@1mocc.gov.my)
Lembaga Peperiksaan
ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA.
http://lp.moe.gov.my/ +603-8000 8000 +603-8888 8001 80008000

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.98 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: