direktori Direktori webmel Webmel

Nama: YBhg. Dato' Haji Rozi Bin Puteh Ismail, DPMP

Pendidikan :
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (ALMP), INTAN Bukit Kiara Tahun 2016
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 1982
Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 1981

Pengalaman Perkhidmatan :

1. Pelantikan sebagai Gred DG41 (19.10.1982)
2. Disahkan dalam perkhidmatan (6.8.1984)
3. Kenaikan pangkat ke Gred DG48 (Pengetua SMK Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor, Perak) (16.3.2003)
4. Kenaikan pangkat ke Gred DG52 (Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak) (1.5.2009)
5. Kenaikan pangkat ke Gred DG54 (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Perak) (1.5.2012)
6. Kenaikan pangkat ke Gred Utama C (M) (Pengarah Pendidikan Negeri Perak) (9.2.2015)
7. Kenaikan pangkat ke Gred Utama B (M) (Ketua Nazir Sekolah, JNJK, KPM) (5.12.2016)

Kurniaan :

1. Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) Tahun 2016
2. Ahli Mahkota Perak (AMP) Tahun 2008
3. Pingat Pekerti Terpuji (PPT) Tahun 2004

 

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.

Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1956, JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996. Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), satu nama yang mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan. Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diterajui oleh 20 orang Ketua Nazir.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebagai badan pemastian standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan. Peranan ini perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya di peringkat sekolah. Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Antara tugas utama nazir ialah:

    1. Pemeriksaan Institusi Pendidikan
      • Memeriksa institusi pendidikan pada tempoh yang difikirkan sesuai :
        • - Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa institusi pendidikan
        • - Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan
  • Nasihat dan Bimbingan
  • Ketua Nazir atau nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.
  • Penyediaan Laporan
  • Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang institusi pendidikan yang diperiksanya, dan jika laporan itu dibuat oleh nazir sekolah beliau hendaklah mengesyorkan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan.

 

Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

 

Menaziri Dan Mempertingkat Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika.

 

  1. Meningkatkan keupayaan JNJK mengesan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan dengan melakukan pelbagai aktiviti penaziran;
  2. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya menjadi efektif dan cekap;
  3. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak dalam bidang pendidikan;
  4. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat yang cekap dan berkesan;
  5. Menggiatkan program peningkatan kecekapan nazir sekolah secara berterusan dalam bidang penaziran; dan
  6. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran bahagian/daerah bagi memastikan nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

 

FUNGSI

  1. Merancang dasar dan operasi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.
  2. Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.
  3. Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang sesuai.
  4. Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran atau sebagaimana yang ditetapkan.
  5. Memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran atau pengurusan yang dijalankan di institusi pendidikan itu.
  6. Mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksa oleh Nazir Sekolah.
  7. Membina standard kualiti pendidikan kebangsaan yang boleh dijadikan penandaarasan untuk mencapai kualiti.
  8. Memastikan dasar pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan melalui pemeriksaan institusi pendidikan.
  9. Memastikan pengurusan penyampaian perkhidmatan pendidikan di institusi pendidikan bebas daripada pelanggaran, kecuaian dan ketidakcekapan.

PERANAN

PERANAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia ditadbirkan mengikut peruntukan yang telah diberi kepada Ketua Nazir berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Perkara Seksyen (sub sekyen)
Perlantikan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah 6 (1), (2), (3)
Kewajipan Ketua Nazir 117 (a), (b), (c), (d)
Kuasa Nazir Sekolah Untuk Memberi Nasihat 118
Sekatan ke atas Perintah Nazir Sekolah 119
Laporan Nazir Sekolah 120 (1), (2)
Kuasa Am Nazir Sekolah 121
Ketua Nazir Sekolah Boleh Memberi Kuasa Pegawai Pendidikan Untuk Bertindak Bagi Pihaknya 122
Kesalahan dan Penalti Berhubungan Dengan Nazir Sekolah 134

Seksyen 6 – Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah

(1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir Sekolah.
(2) Menteri hendaklah melantik Nazir-Nazir Sekolah lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini.
(3) Semua Nazir sekolah yang dilantik di bawah Subseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah.

Seksyen 117 – Kewajipan Ketua Nazir Sekolah

Ketua Nazir Sekolah hendaklah :
Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Seksyen 118 – Kuasa Nazir untuk memberi nasihat

Ketua Nazir Sekolah atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu Institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.

Seksyen 119 – Sekatan ke atas perintah Ketua Nazir Sekolah

Ketua Nazir Sekolah atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberi kuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 120 – Laporan Nazir Sekolah

(1) Ketua nazir Sekolah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu,

(2) Laporan tentang sesuatu institusi pendidikan yang dikemukan di bawah subseksyen(1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri, disediakan untuk mendapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran institusi pendidikan itu dan mana-mana guru di institusi pendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.

Seksyen 121 – Kuasa Am Nazir Sekolah

Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Nazir Sekolah atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut “Nazir” ) boleh :

(a) Pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan; dan

(b) Menghendaki pengerusi lembaga pengetua atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu :

  1. Mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau
  2. Mengemukakan yang akan diajarkan atau apa-apa buku; bahan, dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang ada pada pendapat Nazir itu ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan
  3. Memberi kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.

Seksyen 122 – Ketua Nazir Sekolah boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak bagi pihaknya.

Ketua Nazir Sekolah boleh secara bertulis memberi kuasa Pegawai Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam menjalankan kuasa-kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.

 

 

Kami, warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti  dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1.    Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun bagi sekurang-kurangnya 70 peratus sekolah.

2.              2.   Memberi nasihat kepada setiap institusi pendidikan yang diperiksa semasa Perjumpaan Penutupan pada hari terakhir setiap pemeriksaan bagi membolehkan institusi
            berkenaan mengambil tindakan penambahbaikan.

      3.   Menghantar dapatan pemeriksaan secara bertulis kepada institusi pendidikan yang diperiksa  : 

             a.    Dalam tempoh 10 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan bagi Pemeriksaan Penarafan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Pemeriksaan Penarafan Institusi
                    Pendidikan dan Pemeriksaan Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan; dan

             b.    Pada hari akhir semasa Perjumpaan Penutupan bagi Pemeriksaan Tindak Ikut.

                  4.    Mengemukakan Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan kepada Menteri Pendidikan :

             a.    Pemeriksaan Penarafan PdP  dalam tempoh 40 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan;

             b.    Pemeriksaan Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan dalam tempoh 40 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan; dan

             c.    Pemeriksaan Penarafan Institusi Pendidikan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.

       5.    Mengemukakan senarai taraf institusi pendidikan berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia kepada Pengurusan Tertinggi KPM pada bulan April setiap tahun.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Putrajaya,
62604 Putrajaya.
03-8884 4161 03-8888 6867 jnjk.kpm

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.085 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: