direktori Direktori webmel Webmel

Nama:Pn. Hjh. Roaini binti Jaafar

Pendidikan:

Pengalaman Perkhidmatan:

Kurniaan:

Anugerah Khidmat Cemerlang:

 

Penubuhan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada peringkat terawal adalah pada 3 Mac 2005 yang dibuat secara pentadbiran bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Pejabat ini seterusnya berpindah ke SK Putrajaya Presint 16(2) pada 8 Disember 2005. Enam orang pegawai pertama (secara pentadbiran) Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah dipinjamkan daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPN Selangor).

Penubuhan rasmi jabatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 15 Disember 2005 dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP). Pejabat ini disetarafkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan diletakkan terus di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Peralihan operasi pengurusan pentadbiran daripada Jabatan Negeri Selangor dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2006 dan pada 1 Januari 2007, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah beroperasi sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang pertama ialah En. Amran bin Maskor yang telah melaporkan diri pada 16 Mac 2006.Manakala Pengarah JPWPP yang kedua pula ialah En. Mohd. Yusop Bin Mohd. Diah.

Terdapat 7 sektor pengurusan di JPWPP iaitu :

  • Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
  • Sektor Pembangunan Akademik.
  • Sektor Pengurusan Sekolah.
  • Sektor Pembangunan Kemanusiaan.
  • Sektor Pengurusan Maklumat.
  • Sektor Jaminan Kualiti
  • Sektor Psikologi & Kaunseling.

Sehingga Januari 2013, JPWPP mentadbir sebanyak 13 buah Sekolah Rendah Harian, 9 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti berikut:

Sekolah-sekolah bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran WP Putrajaya

SEKOLAH RENDAH

  1. SK Putrajaya Presint 8(1)
  2. SK Putrajaya Presint 8(2)
  3. SK Putrajaya Presint 9(1)
  4. SK Putrajaya Presint 9(2)
  5. SK Putrajaya Presint 11(1)
  6. SK Putrajaya Presint 11(2)
  7. SK Putrajaya Presint 11(3)
  8. SK Putrajaya Presint 14(1)
  9. SK Putrajaya Presint 16(1)
  10. SK Putrajaya Presint 16(2)
  11. SK Putrajaya Presint 18(1)
  12. SK Putrajaya Presint 18(2)
  13. SK Putrajaya Presint 5(1)

SEKOLAH MENENGAH

  1. SMK Putrajaya Presint 8(1)
  2. SMK Putrajaya Presint 9(1)
  3. SMK Putrajaya Presint 9(2)
  4. SMK Putrajaya Presint 11(1)
  5. SMK Putrajaya Presint 11(2)
  6. SMK Putrajaya Presint 14(1)
  7. SMK Putrajaya Presint 16(1)
  8. SMK Putrajaya Presint 18(1)
  9. SMK Putrajaya Presint 5(1)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

  1. Sekolah Sultan Alam Shah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

  1. SMKA Putrajaya

 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

  • Memastikan kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan mendapat akses kepada pendidikan.
  • Memberi akses kepada pendidikan berkualiti yang mampan kepada semua.
  • Memastikan semua aktiviti dijalankan mengikut peraturan, berhemah dan berintegriti.
  • Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan.
  • Membentuk pemimpin pendidikan yang cemerlang dan berkeupayaan/mampu menguruskan sekolah secara ‘school based’.
  • Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan dengan PIBG dan agensi-agensi luar bagi menjamin kecemerlangan pendidikan.
  • Menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
  • Membentuk modal insan yang holistik serta mempunyai pemikiran kreatif, inovatif, berjati diri dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan.
  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan.
  • Menyediakan prasarana yang mencukupi, kondusif dan teraputik bagi pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengembangkan potensi individu murid melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan.

 

Sedang dikemaskini.

 

Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami agar;

  1. Semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan dimulakan.
  2. Penempatan guru-guru dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKP) ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima senarai mereka yang layak dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Semua sekolah dibekalkan dengan keperluan secukupnya satu minggu sebelum sesi persekolahan bermula.
  4. Bayaran bil dan invois diproses oleh jabatan tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan yang diterima.
  5. Urusan perjawatan atau perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain diuruskan mengikut pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
  6. Cadangan pengisian kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diperakukan dalam tempoh satu bulan sebelum berlaku kekosongan.
  7. Semua Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan di sekolah.
  8. Peperiksaan awam dilaksanakan secara adil, sahih, amanah dan mematuhi semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  9. Semua murid yang hadir ke sekolah berada di dalam keadaan selamat dan kondusif.
  10. Semua program hal ehwal murid diuruskan mengikut prosedur yang berkuatkuasa bagi menjamin keselamatan dan kebajikan murid.
  11. Semua murid diberi peluang yang sama untuk mendapat bimbingan dan menyertai pelbagai aktiviti mengikut minat, keperluan dan bakat masing-masing.
  12. Semua kakitangan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling jika diperlukan.
  13. Semua aduan diuruskan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, Presint 16,
62150 W.P. PUTRAJAYA
http://jpwpp.moe.gov.my     jpwpp

 

 

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.025 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: