direktori Direktori webmel Webmel

Nama:Haji Mohd Salleh Bin Mohd KassimPengarahJPN Sgor

Pendidikan:

1) Master Pengurusan (Pengurusan Pendidikan), Universiti Pertanian Malaysia
2) Bacelor Sains(Kepujian) Fizik dan Matematik, Universiti Pertanian Malaysia
3) Diploma Sains Dengan Pendidikan (Fizik dan Matematik), Universiti Pertanian Malaysia
4) Sijil Pelajaran Malaysia - SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang

Pengalaman Perkhidmatan:

1) Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor - Sekarang
2) Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor - (2012 - 2016)
3) Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Selangor - (2009 - 2012)
4) Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana - (2008 - 2009)
5) Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat - (2007 - 2008)
6) Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor - (2006 - 2007)
7) Pengetua SMK Telok Gadong Klang - (2005 - 2006)
8) Ketua Unit KBSR dan Penyelidikan Jabatan Pendidikan Selangor - (2003 - 2005)
9) Ketua Penolong Pengarah Kurikulum Jabatan Pendidikan Selangor - (4/2003 - 9/2003)
10) Penolong Pengarah Matematik - (2002 - 2003)
11) Penolong Pengarah Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Selangor - (2000 - 2002)
12) Guru Penolong Akademik SMK Rantau Panjang Klang - (11/2000 - 12/2000)
13) Ketua Penolong Pengarah Kurikulum Jabatan Pendidikan Selangor - (1999 - 2000)
14) Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional Jabatan Pendidikan Selangor - (1994 - 1999)
15) Pegawai Khas Sains Jabatan Pendidikan Selangor - (1994 - 1999)
16) Penolong Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Selangor - (1994 - 1999)
17) Guru Penolong Akademik SMK Dato Hamzah Pelabuhan Klang - (1986 - 1994)
18) Guru Penolong Akademik SMK Sultan Abdul Samad Petaling Jaya - (1982 - 1986)

Kurniaan:

Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.) - 2012

Anugerah Khidmat Cemerlang:

1) Anugerah Pekhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia - 2014
2) Anugerah Kecemerlangan Kehadiran Jabatan Pelajaran Selangor - 2011
3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia - 2010
4) Penghargaan Sebagai Pengurus Kawalan Rekod Jabatan Pelajaran Selangor - 2004
5) Anugerah Kualiti Sektor Jabatan Pelajaran Selangor - 2004
6) Anugerah Cemerlangan Jabatan Pelajaran Selangor - 2004
7) Anugerah Pekerja Berpotensi Jabatan Pelajaran Selangor - 2002
8) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia - 2001

 

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Ia mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di Negeri Selangor.

JPNS mulai beroperasi pada 26 Oktober 1955. Pengarah Pendidikan Negeri Selangor yang pertama ialah En. Luke K.D. Pada 1 Mei 1998, JPNS telah berpindah ke bangunan sendiri terletak di Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, Shah Alam.

Pengurusan dan pentadbiran JPNS diketuai oleh Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Pendidikan. Terdapat sepuluh sektor di JPNS. Ia diketuai oleh seorang Ketua Sektor yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor masing-masing. Sektor-sektor tersebut adalah seperti berikut:

  1. Sektor Pengurusan Akademik
  2. Sektor Pengurusan Sekolah
  3. Sektor Pembangunan Kemanusiaan
  4. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
  5. Sektor Pendidikan Islam
  6. Sektor Penilaian dan Peperiksaan
  7. Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta
  8. Sektor Jaminan Kualiti
  9. Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
  10. Sektor Psikologi dan Kaunseling

JPNS juga menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah. PPD tersebut adalah seperti berikut:

  1. PPD Klang
  2. PPD Hulu Langat
  3. PPD Petaling Perdana
  4. PPD Kuala Langat
  5. PPD Kuala Selangor
  6. PPD Gombak
  7. PPD Sabak Bernam
  8. PPD Hulu Selangor
  9. PPD Sepang
  10. PPD Petaling Utama

 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

 

Kami warga Jabatan Pendidikan Selangor dengan penuh tekad dan iltizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;
  2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh disahkan;
  3. Memastikan surat penempatan guru dan surat pertukaran guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel;
  4. Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja;
  5. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja;
  6. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah dan calon persendirian pada hari keputusan dikeluarkan;
  7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima;

Kami akan memastikan anda membawa bersama maklumat yang betul, lengkap dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan pegawai dan kakitangan kami di kaunter utama Jabatan ini atau telefon: 03-5518 6500

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Selangor
JALAN JAMBU BOL 4/3E,
SEKSYEN 4,
40604 SHAH ALAM,
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
http://jpnselangor.moe.gov.my 03-55186500 03-55102133 jpn.selangor
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.98 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: