direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama:Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul

Pendidikan:

Pengalaman Perkhidmatan:

Kurniaan:

Anugerah Khidmat Cemerlang:

LATAR BELAKANG

Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi. Keluasan tersebut hampir menyamai 9 buah negeri termasuk dua buah Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia yang berkeluasan keseluruhan 73,711 km persegi. Dengan kedudukan bgeografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau dan bersungai, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berdepan dengan perbagai cabaran dan kekangan dalam usahanya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid di negeri ini.

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah merupakan organisasi perkhidmatan pengurusan pendidikan. Perkhidmatan pengurusan pendidikan berkenaan dilaksanakan oleh sepuluh (10) Sektor dan dua puluh empat (24) Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Di samping itu, tiga (3) bahagian yang lain yang berkaitan, iaitu Bahagian Audit Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri.

Bagi memastikan Visi dan Misi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah tercapai, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Smart Action For Golden Achiement (SAGA). Ini adalah memastikan perkembangan pendidikan di negeri Sabah selari dengan perkembangan pendidikan di negeri-negeri lain.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  1. Semua murid mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan setiap tahun.
  2. Semua murid mendapat pendidikan berdasarkan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Malaysia
  3. Semua murid menerima perkhidmatan berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesihatan berdasrakan prosedur yang berkuatkuasa.
  4. Memastikan semua permohonan pertukaran/penempatan diproses dan keputusan mengenainya dimaklumkan kepada yang berkenaan sebulan dari tarikh penerimanya.
  5. Penempatan guru baharu dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bekalan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Semua permohonan pertukaran guru diproses dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh tutup.
  7. Semua warga pendidikan mendapat latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  8. Perkhidmatan kaunseling diberikan kepada warga Jabatan Pendidikan negeri Sabah dalam tempoh 7 hari bekerja bagi kes baharu selepas permohonan diterima dan tertakluk kepada persetujuan klien.
  9. Semua peperiksaan awam dilaksanakan mengikut Prosedur Standard Operasi peperiksaan yang sedang berkautkuasa.
  10. Penataran kurikulum terkini dan bimbingan beterusan dilaksanakan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
  11. Program bimbingan peningkatan band sekolah dilaksanakan secara berterusan.
  12. Semua urusan perkhidmatan berikut diperaku dlaam tempoh 15 hari bekerja mulai tarikh permohonan diterima :
    1. Pengesahan dalam perkhidmatan
    2. Pemberian taraf berpencen
    3. Kenaikan pangkat
    4. Persaraan
  13. Mengurus perisian perjawatan berikut dalam tempoh 14 hari setelah menerima kelulusan:
    1. Kementerian Pendidikan Malaysia bagi jawatan PGB, Penolong Kanan dan AKP
    2. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi jawatan Penolong Kanan (SR) dan Ketua Bidang (SM)
  14. Semua aduan awam diproses dalam tempoh 15 hari bekerja
  15. Semua bil tuntutan yang lengkap akan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tuntutan tarikh diterima.
  16. Data operasi sekolah, guru, murid dan anggota kumpulan pelaksana disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja mulai tarikh permohonan diterima.
  17. Pembudayaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 di Ibu Pejabat dan PPD.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punat Tanah, Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah
http://jpnsabah.moe.gov.my 088537011 088234828 jpnsabah

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
Masa Capaian : 1.6125 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: