direktori Direktori webmel Webmel
 

Nama: Ybhg. Dato' Haji Mat Lazim bin Idris

Kurniaan: DPMP., AMP.

Anugerah Khidmat Cemerlang:

 

 

Sejarah Jabatan Pendidikan (Pelajaran) Perak telah pada mulanya telah dilakar pada tahun 1890an dengan tertubuhnya jabatan tersebut di Taiping dan ditempatkan di Central School Taiping. Pada mulanya Encik H.B College mengetuainya dengan memegang jawatan sebagai Nazir Sekolah-sekolah.

Sehingga tahun 1930, Pentadbiran Negeri Perak telah beberapakali disusun sehingga akhirnya terdapat jawatan utama seperti Nazir Sekolah-sekolah, Guru-Guru Pelawat Sekolaj Melayu, “Art Supritendant of Physical Education”, Penolong Pelawat Sekolah-sekolah Tamil dan “Domestic Science Mistress”.

Selepas Perang Dunia Ke-2, jawatan Ketua Pentadbiran Jabatan Pendidikan (Pelajaran) bertukar menjadi Nazir Kanan Sekolah-Sekolah. Pentadbirannya dipindahkan ke Ipoh bertempat di tapak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Selepas itu, pejabat tersebut dipindahkan lagi ke bangunan bekas Mahkamah Tinggi di Jalan Tun Abdul Razak, bangunan tertua di kompleks Jabatan Pendidikan Perak sekarang.

Pada tahun 1953, jawatan Nazir kanan Sekolah-sekolah telah diubah menjadi “Chief Education Officer”. Jawatan tersebut dibantu oleh beberapa Pengelola Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil termasuk penolong-penolong mereka dan kakitangan perkeranian.

Dalam tahun 1954, Jabatan Pendidikan telah menyusun semula struktur pentadbiran sekolah-sekolah Melayu dengan memberi perhatian yang lebih kepada Wilayah Perak Utara dan Selatan. Tugas dan tanggungjawab Nazir Sekolah-sekolah Melayu dan Guru-guru Pelawat telah bertambah disebabkan oleh pertambahan sekolah.

Selepas negara menyambut hari kemerdekaan yang pertama, sistem dan organisasi pentadbiran semakin mantap dan sesuai dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan berikutan dengan wujudnya Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Pada sekitar tahun 1960an, satu rombakan yang melibatkan pentadbiran Sekolah-sekolah Melayu telah dibuat.

Pada tahun 1980an, penyusunan semula sistem pengurusan dan pentadbiran Pendidikan telah berlaku. Beberapa bahagian di jabatan telah diperkemaskan dan kakitangan turut bertambah mengikut fungsi dan tugas di setiap bahagian. Pada 1 Jun 1982, Pejabat Pendidikan Daerah Perak telah ditubuhkan dengan tujuan membantu melicinkan urusan pendidikan di peringkat daerah di seluruh negeri Perak.

Selaras dengan itu, penyusunan semula Struktur Baru Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Perak telah disusun semula pada tahun ini (2007) dan ia terdiri daripada dari 8 sektor dan 2 unit berikut:-

  1. Sektor Pengurusan Akademik
  2. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan;
  3. Sektor Pendidikan Islam
  4. Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan
  5. Sektor Pengurusan Sekolah
  6. Sektor Penilaian dan Peperiksaan
  7. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
  8. Sektor Jaminan Kualiti
  9. Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
  10. Sektor Psikologi dan Kaunseling

 

 

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

 

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

  1. Mempertingkat Kecemerlangan Kepimpinan, pengurusan organisasi, tahap profesionalisme pengurusan pendidikan dan kualiti Pengurusan pentadbiran institusi pendidikan.
  2. Memantapkan kualiti profesionalisme semua warga pendidikan secara berterusan.
  3. Mempertingkat Prestasi Kecemerlangan Murid Dalam Aspek Pendidikan.
  4. Melahirkan Insan Yang Cemerlang Dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek.
  5. Mempertingkat Pembangunan Prasarana Pendidikan.
  6. Mempertingkat Permuafakatan Pendidikan.

 

 

Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan Memastikan:-

  1. Kesemua kanak-kanak mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai hari pertama sesi persekolahan.
  2. Semua sekolah mempunyai bekalan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum sesi persekolahan bermula.
  3. Semua sekolah menerima keputusan peperiksaan awam pada masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.
  5. Kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima senarai calon perakuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  7. Penempatan guru-guru ke sekolah diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  8. Setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Surat jawapan hasil siasatan akan dikeluarkan kepada pihak pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh disahkan.
  9. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari penerimaan dokumen yang lengkap.
  10. Pelanggan menerima layanan mesra di Kaunter Khidmat Pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.

 

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
http://jpnperak.moe.gov.my 05-5015000 05-5277273 aduan.jpnperak
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.8975 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: