direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

 
 

Nama: Muhammad Zahari bin Othman

Pendidikan: 

-

Pengalaman Perkhidmatan:

• Guru di S.M. Gua Musang (1983)

• Penolong Kanan (Ko Kurikulum) di SM Gua Musang (01.08.1990-15.05.1993)

• Penolong Kanan (Pentadbiran) di SM Gua Musang (16.05.1990-01.08.1995)

• Penolong Kanan (Pentadbiran) di SMK Paloh (01.08.1995-01.10.1996)

• Penyelia Petang di SMK Tengku Indra Petra (01.01.1997-01.01.1999)

• Penolong Kanan (Pentadbiran) di SMK Tengku Indra Petra (01.01.1999-15.10.2000)

• Pengetua di SMK Paloh (16.10.2000-31.10.2006)

• Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, Kelantan (01.11.2006-21.1.2017)

• Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan (22.1.2017-20.12.2017)

• Pengarah Pendidikan Kelantan (21.12.2017-sekarang)

Kurniaan:

-

Anugerah Khidmat Cemerlang:

-

 

 

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

 

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

 

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan dasar pelajaran melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)
  2. Melahirkan kepimpinan yang dinamik, progresif dan proaktif untuk melaksanakan pembangunan pendidikan secara holistik
  3. Meningkatkan pencapaian akademik melalui peperiksaan awam.
  4. Menyediakan prasarana pelajaran yang cukup supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kondusif
  5. Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pelajaran dengan memberi kursus profesional
  6. Menjaga kesejahteraan pegawai dan kakitangan serta memberi khidmat yang berkesan kepada pelanggan
  7. Menyediakan suatu sistem pentadbiran yang berasaskan ICT
  8. Memantapkan pengurusan sukan dan kokurikulum
  9. Memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga pendidik Kelantan

 

 

FUNGSI

 

 

PIAGAM PELANGGAN

KAMI warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami agar :

    1. Semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
    2. Penempatan guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima senarai mereka yang layak dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
    3. Semua sekolah dibekalkan dengan keperluan secukupnya satu minggu sebelum sesi persekolahan bermula.
    4. Bayaran bil dan invois diproses oleh jabatan tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan yang diterima.
    5. Urusan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain diurus mengikut pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
    6. Cadangan pengisian kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diperakukan dalam tempoh satu bulan sebelum berlaku kekosongan.>
    7. Peperiksaan awam dilaksanakan secara adil, sahih, amanah dan mematuhi semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.    
    8. Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan mengamalkan pengurusan pelanggan berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7.
    9. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK MS ISO 9001:2008) diamalkan di semua peringkat tanpa Non Conformance Report (NCR).
    10. Jurang pencapaian pendidikan dan kemajuan akademik antara sekolah dapat dirapatkan.
    11. Semua murid yang hadir ke sekolah berada di dalam keadaan selamat dan kondusif.

 

 

STRUKTUR ORGANISASI

24Dis17CartaOrg

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

 

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel(@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong,
16010, Kota Bharu,
Kelantan
http://jpnkelantan.moe.gov.my 09-7418 001 09-7482 554 webmaster.kel
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.9125 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: