direktori Direktori webmel Webmel

Nama:Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif

Pendidikan:
Kelulusan Akademik dan Iktisas,Bidang Pengkhususan,Institusi dan Tahun diperolehi
1. Diploma Sains Serta Pendidikan UTM Skudai (13/12/1981)
2. Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan UTM Skudai (27/08/1983)
3. Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan UTM Kuala Lumpur (27/08/1983)

Pengalaman Perkhidmatan:

1. Guru Penolong, Sekolah Tinggi Kluang 24.04.1983 - 01.03.1996
2. Guru, SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang 01.01.1985 - 31.12.1986
3. Penolong PPD HEM, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang 01.12.1996 - 31.12.2003
4. Pengetua, SMK Indahpura, Kulai 01.01.2004 - 30.06.2005
5. Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang 18.09.2006 - 31.07.2011
6. Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 01.08.2011 - 19.12.2012
7. Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20.12.2012 - 24.04.2016

 

Sejarah Jabatan Sekolah Melayu pertama dibina pada tahun 1840 iaitu Sekolah Melayu Kg.Gelam dan Teluk Belanga (1846) atas minat yang tinggi ditunjukkan oleh Duli-Dull Yang Maha Mulia Temenggong Ibrahim (1825) dan Temenggong Abu Bakar (1862). DYMM Temenggong Abu Bakar yang belajar dari mubaligh Inggeris Kaesbearry telah mengusahakan persekolahan Melayu & Inggeris - dengan teratur mengikut warkah baginda pada 9hb. Mac 1885 kepada Gabenor Selat, diikuti oleh enakmen pada 1 hb. Jun 1902 bagi persekolah kanak-kanak 7 tahun. 'Johor Free School' diasaskan oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1864 di mana kedua-dua aliran Melayu & Inggeris di bawah satu bumbung.

'English School Johor Bahru' direkodkan berjalan pada tahun 1883. Kemudiannya English School Muar (1912), Johor Agriculture School (1885) dan Johor Technical School (1895).Bangunan baru dari punca 'Singapore & Straits Director' (SSD) 1883 Jabatan Pelajaran Johor telah wujud di bawah kelolaan Dato' Munsyi Ibrahim (Dato'Bentara Dalam) untuk menguruskan 5 buah sekolah (1883, 1885 dan 1887). YAM Ungku Mohd. Khalid (1901), Dato' Mohamed Mahbob (1913) bersama J.R. Thomson (1918) di mana struktur Daerah Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat telah diwujudkan. Jawatan Nazir Sekolah Melayu diwujudkan pada 21 Disember 1928 di Muar. 

Dari tahun 1887-1913 Jawatan Ketua Pelajaran dipanggil 'President di mana Dato' Munshi Ibrahim adalah Pemegang Pertama. 'Superintendent Of School' (1885-1984) digunakan bagi mengantikan 'Secretary of Education Dept' yang disandang oleh Mohd Khalid Bin Abdullah. Hj. Ismail Bin Hj. Sulaiman pada tahun 1916-1926 di tukar jawatannya kepada kepada 'Officers in charge of Malay School'. H.A.R. Cheesemen memulakan jawatan sebagai 'Superintendent of Education' pada tahun 1928. Selepas beliau sehingga tahun 1953 jawatan tersebut disandang oleh 14 orang. 'Chief Education Officer' bermula dari F.T. Laidlaw, hingga 1964 dengan 6 orang penyandang, berpejabat di Bukit Timbalan. Ketua Pegawai Pelajaran bermula pada 1964 berpejabat di Jalan Nong Chik dengan En Tan Teik Beng diikuti dengan 6 orang penyandang. Pengarah Pelajaran Johor yang pertama tahun 1971 ialah En. Ahmad Bin Haji Salleh yang berpejabat di Jalan Larkin, Johor Bahru.

 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

Jabatan Pelajaran Johor berharap dapat:

  • Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
  • Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi

 

Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada slogan "Selangkah Di Hadapan (One Step Ahead)", "Johor Top 5", "Johor LEADS" dan "Johor Showcase" berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan;

Proses penempatan murid Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran

Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

Proses pendaftaran calon untuk peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan

Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima dan pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan

Proses penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap

Proses pengisian kekosongan perjawatan kanan di JPN/ PPD/ Sekolah dapat diuruskan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan

Segala urusan dan penyelesaian masalah berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh borang diterima

Proses penyediaan dan penghantaran dokumen pesaraan wajib ke Jabatan Perkhidmatan Awam, 120 hari (4 bulan) sebelum tarikh persaraan pegawai dan anggota kumpulan pelaksana

Semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima

Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.

Sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima

Pelanggan yang mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja

Maklumat di laman web Jabatan (http://jpnjohor.moe.gov.my) dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diterima

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.

 

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my) 
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
Johor
http://jpnjohor.moe.gov.my 07-2310 000 07-2347 132 jpn.johor
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.0025 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: