direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

 

Nama: Kosong

Pendidikan:

Pengalaman Perkhidmatan:

 

Kurniaan:

 

LATAR BELAKANG

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah. Kini IPGM mengendalikan sebanyak 27 buah kampus atau lebih dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG). IPGM menawarkan sebanyak enam program utama di IPG iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI), Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Diploma Perguruan Lepas Diploma (DPLD) dan Latihan Dalam perkhidmatan (LDP). Berdasarkan program tersebut, IPGM menawarkan dua jenis mod pembelajaran iaitu mod sepenuh masa dan mod separuh masa. Seterusnya IPGM mempunyai beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tajaan Agensi Luar Kementerian Pendidikan dan tajaan Kerajaan Negeri. Justeru, guru pelatih di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh Negara sejurus tamat pengajian.

 

VISI

Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

 

MISI

Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

 

OBJEKTIF

  1. Menyedia, melaksana dan menilai semula kurikulum perguruan pra dan dalam perkhidmatan;
  2. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program transformasi IPG;
  3. Mengurus dan melaksana penyelidikan dan inovasi pendidikan guru;
  4. Merancang dan mengurus pengambilan dan penempatan pelajar;
  5. Mengurus kebajikan, disiplin dan pembangunan pelajar guru;
  6. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Senat, Penganugerahan dan Majlis Konvokesyen;
  7. Mengurus dan mengawal selia pembangunan infrastruktur dan infostruktur IPG Kampus;
  8. Merancang, mengurus, menyelia, melaksana dan menyelaras Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Akaun & Aset;
  9. Merancang, mengurus, melaksana dan mengawal selia pembangunan profesional sumber manusia;
  10. Merancang, mengurus dan menyelaras pemerolehan dan pemantuhan standard dari agensi Jaminan Kualiti.

FUNGSI

Menurut Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2008, IPGM dan IPG bertanggungjawab menguruskan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan meliputi aspek:

  1. menyediakan dasar latihan pendidikan keguruan dan perancangan tahunan IPG;
  2. merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan dan inovasi;
  3. merancang, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan kurikulum;
  4. merancang, mengurus dan melaksana pemantauan keseluruhan program pendidikan keguruan secara berterusan;
  5. mengurus penempatan pelajar ke IPG;
  6. mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan program mentor mentee
  7. merancang, mengurus dan mengawal selia agihan peruntukan serta memantau peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan;
  8. merancang dan mengurus pembangunan, penyenggaraan infrastruktur dan infostruktur IPG;
  9. merancang, mengurus, melaksana, dan memantau penggubalan item pentaksiran;
  10. merancang, mengurus, melaksana, dan memantau pentadbiran peperiksaan;
  11. mengurus penganugerahan sijil, diploma dan ijazah bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian;
  12. merancang, melaksana dan memantau latihan pembangunan staf;
  13. merancang dan melaksana program peningkatan akademik dan profesionalisme guru;
  14. merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan program kualiti dan keutuhan;
  15. merancang dan menyokong pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi;
  16. merancang, menyelaras dan memberi khidmat bantu reka bentuk grafik dan multimedia
  17. mengurus perkhidmatan kaunseling pelajar.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  1. Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.
  2. Memastikan kurikulum pra-perkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan sebelum pelaksanaan program.
  3. Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.
  4. Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.
  5. Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan organisasi.
  6. Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.
  7. Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
  8. Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.

 

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@ipgm.edu.my)
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
03-8312 6666 03-8312 6655 admin.ipgm

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.8075 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: