direktori Direktori webmel Webmel

      KOSONG 

 

Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejarah penubuhan IAB yang dahulunya adalah dikenali sebagai Malaysian Educational Staff Training Institute (MESTI) pada Mac 1979. Lokasi MESTI pada masa itu bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980. Pengurusan MESTI telah diterajui oleh Dr. Chew Tow Yow selaku Pengetua dan Dr. Mohd. Yaacob Haji Mat Nong sebagai Naib Pengetua. Kemudiannya berpindah pula ke Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus rasminya di Sri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada bulan Mac 1985.

 

MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN) pada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induk pada masa itu di Sri Layang, Genting Highlands. Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) terhadap pembangunan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara Malaysia. Kampus ini terletak di atas tapak seluas 48.6 hektar dan telah mula beroperasi sejak Mei 1985. Perasmian IAB Genting Highlands telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia , Tuanku Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin A-Mu’adzam Shah pada 20 oktober 1988.

Peranan dan tanggungjawab IAB dalam bidang pendidikan terus berkembang sehingga mempunyai beberapa cawangan iaitu Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Pewujudan Kampus Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara mula diilhamkan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan pada 22 November 1989. Pada bulan Februari 1990, IAB Cawangan Utara diarah menggunakan kemudahan Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah sebagai kampus cawangan. Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat mengambil alih kampus sementara UUM di Bandar Darul Aman telah diadakan pada Januari 1990 di UUM yang dipengerusikan oleh yang Berbahagia Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman bin Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada masa itu.

Pada bulan Mei 1991, IAB Cawangan Utara beroperasi dan telah melaksanakan program latihan menggunakan tenaga pengajar dari pensyarah-pensyarah kampus Induk. Pada 1.1.1996 IAB Cawangan Utara telah mendapat kelulusan perjawatan baru dan En. Zulkifli bin Bahari telah dilantik sebagai Pengetua pertama. Pada tahun 2005, IAB Cawangan Utara telah diluluskan pertambahan beberapa perjawatan baru dan gelaran jawatan bagi Pengetua kampus telah ditukarkan kepada Pengarah.

Manakala cawangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak (IABCS) mula beroperasi secara pentadbiran di Kampus Universiti Pertanian, Cawangan Bintulu pada tahun 1996 hingga 1998. Pada 27 Disember 2005, IABCS beroperasi secara pentadbiran di Kuching dengan menggunakan dua buah bilik darjah di SK Sungai Maong Hilir. Kini, cawangan ini telah berpindah ke kampus tetap di Jalan Sultan Tengah, Santubong, pada 14 Oktober 2013.

Sebagai sebuah institusi latihan pengurusan dan kepimpinan khusus dalam bidang pendidikan, IAB mempunyai komited dan tanggungjawab besar bagi menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara Malaysia. Pada Februari 2014, Kampus Induk IAB di Sri Layang, Genting Highlands telah berpindah ke kampus induk baharu bertempat di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan menjadikan IAB di Kampus Sri Layang sebagai IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH).

Kemudiannya, penubuhan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah telah bermula apabila bahagian pengurusan IAB Induk membawa dan membentangkan Kertas Cadangan penubuhan IAB Zon Sabah dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil 1/2010. Hasil permuafakatan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah maka premis Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Bukit Padang, Kota Kinabalu telah diperolehi daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Pada 25 Februari 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Sektor Pelajaran (JTPK), yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha Utama (KSU) KPM telah meluluskan peruntukan untuk pengoperasian IAB Cawangan Sabah menggunakan kabin (kaedah fast-track). Keluasan pembinaan pejabat fast track IAB Cawangan Sabah adalah dianggarkan 7.04 ekar. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching pada 21 Mac 2015 bertempat di tapak Kampus IAB Cawangan Sabah. Majlis penyerahan bangunan fast-track IAB Cawangan Sabah dari JKR kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang disaksikan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki, Hjh Serina binti Sauni telah disempurnakan pada 26 Februari 2016.

Peranan IAB di setiap cawangan kian berkembang merangkumi program-program bersepadu di peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping kursus-kursus khas pada peringkat serantau dan antarabangsa. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.

 

Pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang terbilang.

 

Membangun kepemimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti.

 

IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM.

Menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri.

 

Fungsi :

  • Latihan
  • Pentaksiran
  • Konsultasi
  • Penyelidikan
  • Penerbitan
  • Pasukan Pemikir

Matlamat :

  • Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan
  • Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
  • Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi
  • Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai (value for money)

 

IAB komited untuk memberi kepuasan hati kepada stakeholders dan pelanggan berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan memastikan akan:

    1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 98% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan;
    2. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta kursus berpuas hati dengan pengendalian program latihan IAB;
    3. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta yang mengikuti program latihan berpuas dengan pengendalian sesi latihan oleh Pensyarah IAB dan Pensyarah Jemputan;
    4. Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dipohon sekurang-kurangnya empat minggu (4) sebelum kursus bermula;
    5. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
    6. Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahun;
    7. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun;
    8. Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program konsultasi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun;
    9. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun;
    10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan penginapan;
    11. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai: 8.15 pagi hingga 4.45 petang;
    12. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;
    13. Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan perkhidmatan di IAB adalah menepati tempoh-tempoh berikut:
        a. akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari

 

        b. maklum balas awal dalam tempoh 15 hari

 

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@iab.edu.my)
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.
http://iab.moe.edu.my 06-797 9200 06-797 9300 iab
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.9275 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: