direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama: Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas

Pendidikan :
B.A.(Hons) Sejarah, UKM - 1976
Diploma Pendidikan UKM - 1976 (Pengkhususan Sejarah dan Bahasa Melayu)

Pengalaman Perkhidmatan :

  1. Guru - SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis(01.06.1976 – Mac 1978)
  2. Guru/Penolong Kanan Pentadbiran - SMK Menggatal, Kota Kinabalu(28.03.1978 – Julai 1982)
  3. Pengetua - SM SANZAC,Kota Kinabalu,Sabah(T/Kanan Gred A11)(01.08.1982 – Dis 1986)
  4. Pengetua - SMK GUNSANAD, Keningau Sabah(T.T.G Gred A10)(01.01.1987 – Mei 1988)
  5. Kursus Pentadbiran dan Penyeliaan Pendidikan Peringkat Sarjana Di Universiti Kebangsaan Malaysia (30.06.1988 – 29.6.1990)
  6. Penolong Kanan HEM Pusat Matrikulasi,UUM(T/Kanan Gred A11)(01.07.1990 – Jun 1993)
  7. Penolong Kanan Pusat Matrikulasi,UUM(T/Kanan Gred A11)(01.07.1993 – Jun 1995)
  8. Pengetua DG2 Pusat Matrikulasi UUM (01.02.1995 – September 1997)
  9. Ketua Penolong Pengarah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia(Unit Sekolah Berasrama Penuh)DG2 (01.10.1997 – Jun 2001)
  10. Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik & Vokasional,Kementerian Pendidikan Malaysia(DG1) (16.06.2001 – April 2005)
  11. Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor(JUSA C) (01.05.2005 – 30.04.2007)
  12. Ketua Nazir Sekolah(JUSA C) (01.05.2007 – 19.05.2007 03.09.2007 – 02.09.2008 (Dilantik secara kontrak)
  13. Anggota Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran,Jabatan Perdana Menteri (19.02.2013 ¬– 18.02.2016)

Kurniaan/Anugerah Khidmat Cemerlang:

  1. Sijil Penghargaan sebagai AJK Tertinggi PPSMS oleh Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Sabah pada 24 Ogos 1985.
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1993.
  3. Sijil Penghargaan sebagai Ahli Jawatankuasa Pertandingan ‘Choral Speaking’ Piala Datuk Seri Mohd Najib Peringkat Kebangsaan 1997.
  4. Sijil Penghargaan di atas sumbangan bakti dalam menjayakan Hari Kebangsaan ke 41 oleh Perdana Menteri Malaysia.
  5. Sijil Penghargaan sebagai Jawatankuasa Induk Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 1998 dari Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  6. Sijil Penghargaan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di atas sumbangan dan kerjasama menjayakan Pertandingan Pidato Piala DiRaja kali ke 16 sempena Perayaan Hari Kebangsaan pada 18 hingga 20 Ogos 1998.
  7. Sijil Penghargaan sebagai Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 98 Sukan Komenwel XVI pada 11 hingga 21 September 1998.
  8. Sijil Penghargaan di atas sumbangan bakti dalam menjayakan Perayaan Hari Kebangsaan ke 42 oleh Perdana Menteri Malaysia
  9. Sijil Penghargaan di atas sumbangan cemerlang bagi menjayakan Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 1999 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  10. Sijil Penghargaan dan terima kasih menjayakan Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 1999 oleh Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  11. Sijil Penghargaan di atas sumbangan sebagai Hakim Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Menengah 1999 Peringkat Kebangsaan pada 15 Julai 1999 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  12. Sijil Kedatangan Kursus Kepimpinan Situasi II (Modal Blancard) pada 5 hingga 8 Ogos 1999 oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
  13. Sijil Penghargaan sebagai Ahli Jawatankuasa Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 1999 pada 15 hingga 16 September 1999 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  14. Sijil Penghargaan di atas kerjasama Majlis Jamuan Teh Kanak-Kanak Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI pada 24 September 1999 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
  15. Sijil Penghargaan di atas sumbangan bakti dalam menjayakan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 43 Tahun 2000 oleh Perdana Menteri Malaysia.
  16. Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
  17. Sijil Penghargaan di atas menjayakan Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000 Kali ke 29 pada 16 Mei 2000 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  18. Sijil Penghargaan dan terima kasih menjayakan Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000 oleh Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  19. Sijil Penghargaan menjayakan Pentandingan Pidato Diraja kali ke 18 pada 17 Ogos 2000 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
  20. Sijil Penghargaan sebagai Hakim Pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Piala Pusingan Dato’ Seri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pahang pada 19 hingga 22 Ogos 2000.
  21. Sijil Penghargaan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Induk dalam menjayakan Pertandingan Orkestra Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2000 pada 23 September 2000 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  22. Sijil Penghargaan di atas sumbangan bakti dalam menjayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan tahun 2000 pada 29 dan 30 September 2000 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  23. Sijil Penghargaan di atas menjayakan Persembahan Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia 2000 pada 4 hingga 5 November 2000 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  24. Sijil Penghargaan Inovasi kerana menjayakan Pameran Inovasi dan Kualiti sempena Sambutan Program Hari Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 hingga 15 November 2000 oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
  25. Sijil Penghargaan di atas sumbangan dalam menjayakan Minggu Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.
  26. Sijil Penghargaan dan ucapan terima kasih di atas menjayakan Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2001 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
  27. Sijil Penghargaan sebagai Ahli Pasukan MS ISO 9002 atas sumbangan cemerlang menjayakan Penulisan Dokumen Kualiti MS ISO 9002 Bahagian Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah oleh Pengarah Pendidikan Malaysia.
  28. Sijil Penghargaan di atas sumbangan dalam menjayakan Malam Titian Budi Tambatan Mesra sempena Persaraan Pegawai-Pegawai Kanan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10 Ogos 2001 oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  29. Sijil 2001 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.
  30. Anugerah Bintang Semangat Rimba oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
  31. Anugerah Pingat Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) daripada Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Melaka pada 14 Oktober 2016.

LATAR BELAKANG

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP untuk mengembangkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru dari 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres tersebut yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan pejabatnya ditempatkan di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, untuk :

  1. Menggubal dasarnya yang khusus;
  2. Menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera
  3. Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada tahun 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak dengan membuka dua cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat wilayah, iaitu Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor(2000).Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Pada 20 Oktober 1995, Parlimen telah meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan) 1995 dengan tujuan memperluas Akta tersebut ke negeri Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

VISI

Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia 

MISI

Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu 

OBJEKTIF

  1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
  3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.
  4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

FUNGSI

  1. Melaksanakan Perancangan bahasa, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangkan bahasa.
  2. Melaksanakan Pelaksanaan sastera, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangan sastera.
  3. Melaksanakan program penerbitan, terutama dalam bahasa Melayu, sebagai wahana penting bagi perkembangan ilmu dan tamadun.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN, seperti yang berikut:

  • Pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimile dan e-mel dilayan dalam tempoh 24 jam.
  • Pertanyaan/aduan bertulis tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu dijawab melalui surat dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja dari tarikh penerimaannya.
  • Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh manuskrip diterima, dan keputusan tentang penerbitannya dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas manuskrip diterima.
  • Manuskrip diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima.
  • Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berada di pasaran tidak lewat daripada 20 hari bulan sebelum bulan terbitannya.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@dbp.gov.my)
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur
03-21479009 03-21479601 adzis

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.92 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: