direktori Direktori webmel Webmel

Nama : Encik Zaidi Bin Yazid

Pendidikan :
Sek. Keb. Lelaki Kulim, Kedah (1967 – 1971)
Sek. Dato’ Abd. Razak, Seremban (1972 – 1977)
B.Sc Nothern Illinois Univ., Dekalb USA (Business Chemistry 1978 – 1982)
M.Sc Univ. of Alabama, Huntsville, USA (Analytical Chemistry 1982 – 1984)

Pengalaman Perkhidmatan :

 

  1. Guru : Sek. Men. Sains Dungun, Terengganu (1986 – 1990)
  2. Guru : Sek. Men. Sains Machang, Kelantan (1991 – 1995)
  3. Penolong Pengarah : Unit Sekolah Bestari, Pusat Perkembangan Kurikulum (1996 - 2000)
  4. Penolong Pengarah : Ketua Unit Sains, Pusat Perkembangan Kurikulum (2000 – 2003)
  5. Penolong Pengarah : Ketua Unit PPSMI, Bahagian Perkembangan Kurikulum (2004 – 2009)
  6. Pensyarah Kanan : Kolej Matrikulasi Kedah (2009 – 2010)
  7. Pensyarah Kanan : Kolej Matrikulasi Selangor (2010 – 2010)
  8. Timbalan Pengarah : Kolej Matrikulasi Pahang (2010 – 2011)
  9. Pengarah : Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (2011 – 2014)
  10. Pengarah : Kolej Matrikulasi Johor (2014 – 2015)
  11. Pengarah : Bahagian Teknologi Pendidikan (2015 - Kini)

Kurniaan :

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 1993
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 2002
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 2007
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 2014

 

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan sehingga tahun 1988, apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah dan sesuai dengan kedudukan dan peranannya sebagai satu badan yang menyelaras semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan teknologi pendidikan. Bermula dengan hanya empat fungsi utama, iaitu perkhidmatan alat pandang-dengar (tahun 50-an), perkhidmatan siaran radio ke sekolah-sekolah (tahun 60-an), perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah (dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 19 Jun 1972) dan perkhidmatan sumber pendidikan. Pada tahun 2002, BTP telah berkembang kepada 11 sektor dan lapan (8) fungsi utama apabila penggunaan teknologi pendidikan berfokus kepada ICT dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah.

Dengan terlaksananya Projek Rintis Sekolah Bestari pada tahun 1999, iaitu salah satu (1) daripada tujuh (7) aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia, BTP terus meneraju transformasi generasi bestari melalui program Pembestarian Sekolah. Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki. Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan teknologi pendidikan menjadi misi penting BTP. Peranannya kini bukan sekadar menyelaras tetapi mengalakkan pengintegrasian pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan moto ‘Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'.

 

Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.

 

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

 

  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
  2. Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
  3. Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.
  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
  5. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 

  1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.
  2. Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT.
  3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah.
  4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
  5. Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan program literasi maklumat.
  6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak.
  7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.
  8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

 

Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan;

  1. Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards dalam tempoh setahun.
  2. Memberi khidmat bantu dan nasihat kepakaran dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada 750 sekolah dalam tempoh setahun.
  3. Budaya Pemuafakatan (Team Work Culture)
  4. Menjamin siaran EduwebTV dapat ditonton pada bila-bila masa.
  5. Mengambil tindakan terhadap aduan masalah ICT KPM di sekolah dalam tempoh dua hari bekerja.

 

 

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pesiaran Bukit Kiara,
50604 Kuala Lumpur.
http://btp.moe.gov.my/btp/ 03 – 2081 7777 03 - 2081 7788 btp

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.8675 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: