direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

 

drHabibah

Name:Dr. Habibah Binti Abdul Rahim

Pendidikan:

PhD Pendidikan di Stanford University, 2001
MA Sosiologi di Stanford University, 1999
Med University of Bristol, 1993
Sarjana Muda (Kepujian) Biologi di University of Salford, 1984
Sijil Pergurusan Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, 198

Pengalaman:

1.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM - Pengarah Bahagian - (10 Julai 2017 - kini)
2.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM - Timbalan Pengarah (Dasar dan Perancangan) (7 Jun 2016-10 Julai 2017)
3.PADU KPM -Pengarah Eksekutif (2013-2016)
4.PMO KPM / IAB Pengurus Projek PMO / - Pensyarah Kanan IAB (2011-2012)
5.DMO NKEA KPM / IAB Ketua DMO NKEA KPM / - Pensyarah Kanan IAB (2010-2011)
6.BPPDP - Ketua Unit (2008-2010)
7.BPPDP - Penolong Pengarah (1993-2008)
8.SM Sultan Mohd Jiwa, SM(P) Bukit Kuda, Klang SM Lembah Keramat Guru (1986-1992)

Kurnian:

Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 2014
Pingat Darjah Kebesaran Ahli Mangku Negara, 2008

 

LATAR BELAKANG

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (BPPP) ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap perancangan pendidikan kebangsaan.

Dari setahun ke setahun peranan BPPP telah menjadi semakin penting. Bermula tahun 1969, BPPP telah diberi tanggungjawab menyelaras program pendidikan di bawah Pinjaman Bank Dunia daripada peringkat perancangan projek, perundingan mendapatkan pinjaman sehingga ke peringkat pelaksanaannya.

Seterusnya mulai tahun 1970, BPPP telah dipertanggungjawabkan menjadi urus setia Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP), iaitu jawatankuasa penggubal dan pemutus dasar tertinggi di Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran.

Berdasarkan pentingnya peranan BPPP dalam perkembangan pendidikan negara, bermula pada tahun 1975 BPPP telah diiktiraf sebagai satu Bahagian yang tersendiri dengan diterajui oleh seorang Pengarah. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1979 telah memperincikan peranan BPPP di peringkat Kementerian Pelajaran. Perkara tersebut dijelaskan dalam para 257, 258, 259, 260, 261, 262, 263, dan 264. Peranan BPPP juga termasuklah menyediakan pelbagai input bagi membantu pemutus dasar menggubal dasar-dasar pembangunan pendidikan negara.

Mulai tahun 1995, melalui penstrukturan baru Kementerian Pelajaran, BPPP dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan peranannya, BPPDP telah melaksanakan satu sistem kualiti berasaskan MS ISO 9001:1994 dan telah diperakukan pensijilannya pada Disember 2002 bagi aktiviti Penyelidikan Pendidikan. Seterusnya BPPDP telah memperluas skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti kepada aktiviti urusan Hal Ehwal Parlimen dan diperakukan dengan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Mac 2004. Pada tahun 2009, skop pelaksanaan diperluas kepada Perkhidmatan Rujukan. Pensijilan MS ISO dipertingkatkan dengan melaksanakan sistem pengurusan berkualiti ISO 9001:2008 mulai tahun 2010. Pada tahun 2012 skop pensijilan diperluaskan kepada aktiviti Pengurusan Permohonan Data Pendidikan.

VISI

Peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti.

MISI

Menggubal dasar pendidikan negara melalui perancangan dan penyelidikan ke arah sistem pendidikan berkualiti.

OBJEKTIF

  • Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.

  • Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa.

  • Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan.

  • Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti.

  • Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar pendidikan.

FUNGSI

  • Merancang dan menggubal dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan dan pembangunan sistem aplikasi maklumat pendidikan.
  • Mengesan, menilai dan menganalisis pelaksanaan dasar pendidikan, program pembangunan pendidikan, termasuk program bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala.
  • Menyelaras maklumat berkaitan pendidikan untuk urusan Hal Ehwal Parlimen, perancangan pendidikan dan keutuhan pengurusan untuk semua agensi di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Menjalankan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar dan program pendidikan.
  • Menjalankan penyelidikan perbandingan untuk peringkat antarabangsa.
  • Mengurus, menyedia dan menyelaras pengumpulan data dan maklumat pendidikan melalui sistem aplikasi maklumat pendidikan seperti EMIS, GIS dan MASA.
  • Mengurus dan menyelaras pembangunan koleksi serta perkhidmatan pusat sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan para penyelidik.
  • Menjalankan meta analisis terhadap dapatan kajian oleh penyelidik dalam dan luar negara.
  • Menyedia, menganalisis dan menyelaras unjuran enrolmen dan kelas serta keperluan guru bagi sekolah rendah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, tahap dan negeri.
  • Menyedia khidmat kepakaran berkaitan akta, peraturan dan dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, penyelidikan, penilaian serta pengurusan data dan maklumat pendidikan.

PIAGAM PELANGGAN

  • PIAGAM PELANGGAN BPPDP

    Kami warga BPPDP dengan penuh tekad dan iltizam berjanji:

    1. Menyediakan perancangan program/projek dan menghasilkan dokumen perancangan pembangunan pendidikan tahunan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun dalam tempoh yang ditetapkan.

    2. Menyediakan kertas konsep atau kertas dasar pendidikan untuk pemutus dasar bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh ditetapkan.

    3. Melaksanakan sekurang-kurangnya lima penyelidikan pendidikan yang dimohon oleh pihak pengurusan tertinggi KPM dalam tahun semasa.

    4. Menyediakan maklum balas terhadap isu pendidikan yang memerlukan perhatian dan tindakan penggubal dan pemutus dasar dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari bekerja.

    5. Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang komprehensif, sahih dan kemas kini melalui dua penerbitan buku statistik setiap tahun.

    6. Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang diluluskan oleh pihak pengurusan atasan BPPDP kepada individu atau agensi di dalam dan di luar KPM dalam tempoh lima hari bekerja.

    7. Memberi keputusan terhadap kertas cadangan penyelidikan pendidikan dalam tempoh sepuluh hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

    8. Memproses bahan koleksi yang diterima oleh Pusat Dokumentasi dalam tempoh lima hari bekerja untuk rujukan pengguna.

STRUKTUR ORGANISASI

Carta Organisasi BPPDP

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
MALAYSIA
03-8884 6296 03-8889 5718  
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.875 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: